EFESUS 1:4-14

EFESUS 1:4-14 Alkitab Berita Baik (BM)

Sebelum dunia ini diciptakan, Allah telah memilih kita untuk menjadi umat-Nya melalui hidup bersatu dengan Kristus, supaya kita menjadi suci dan tidak bercela di hadirat-Nya. Kerana kasih-Nya, Allah telah membuat keputusan untuk menjadikan kita anak-anak-Nya melalui Yesus Kristus. Itulah keinginan dan kehendak Allah. Marilah kita memuji Allah bagi rahmat-Nya yang mulia, yang dikurniakan-Nya kepada kita melalui Anak yang dikasihi-Nya! Hal itu demikian, kerana dengan kematian Kristus kita dibebaskan; maknanya Allah sudah mengampunkan dosa kita. Alangkah mulianya rahmat Allah, yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita dengan berlimpah-limpah! Dengan segala kebijaksanaan dan pengertian, Allah telah melaksanakan tujuan-Nya. Dia memberitahu kita rancangan-Nya yang dirahsiakan, tetapi yang sudah ditentukan-Nya akan disempurnakan melalui Kristus. Rancangan itu akan disempurnakan oleh Allah pada masa yang ditentukan-Nya. Rancangan itu adalah untuk menyatukan segala sesuatu yang telah diciptakan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi, dengan Kristus sebagai kepala. Allah melakukan semuanya menurut rancangan dan keputusan-Nya sendiri. Dari mula-mula lagi Dia telah memilih kita, kerana Dia mahu supaya kita menjadi umat-Nya oleh sebab hidup bersatu dengan Kristus. Marilah kita, yang pertama sekali berharap kepada Kristus, memuji kemuliaan Allah! Kamu juga menjadi umat Allah, ketika kamu mendengar berita tentang ajaran benar, iaitu Berita Baik yang membawa penyelamatan kepada kamu. Kamu percaya kepada Kristus, dan untuk menunjukkan bahawa kamu milik Allah, Allah mengurniai kamu Roh-Nya yang telah dijanjikan-Nya itu. Roh itu jaminan bahawa kita akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya. Hal itu meyakinkan kita bahawa Allah akan membebaskan umat-Nya dengan sepenuhnya. Marilah kita memuji kemuliaan-Nya!

EFESUS 1:4-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Spŭrti tŭlah dipileh Allah akan kami ulih Isa tŭrdahulu deripada kajadian dunia, supaya kami patut mŭnjadi suchi dŭngan tiada bŭrchachat dihadapannya kŭrna kasih. Maka tŭlah ditakdirkan Allah akan kami kapada pangkat anak anak angkat bagienya, iya itu ulih Isa Almasih mŭnurot kŭrelaan kahandaknya. Akan mŭmuji kamulian anugrahnya, dalam itupun iya tŭlah mŭnjadikan kami dipŭrkŭnankannya ulih sŭbab kakasihnya. Maka deripada Isalah kami tŭlah tŭrtŭbus ulih sŭbab bŭrkat darahnya, iya itu ampunan sagala dosa, mŭnurot kŭkayaan anugrahnya, Yang tŭlah dilempahkan Allah bagie kami dŭngan sagala hikmat dan bijaksana; Sŭbab sudah dibrinya tahu pada kami akan rahsia kahandaknya itu mŭnurot kŭrelaannya yang tŭlah ditŭntukannya dalam dirinya; Supaya dalam pŭratoran sagala waktu yang akan digŭnapi itu bulihlah Tuhan mŭnghimponkan sama sama mŭnjadi satu sagala pŭrkara itu bagie Almasih, iya itu baik yang dishorga, baik yang didunia, bagienya juga. Maka deripadanyalah juga kami tŭlah bŭrulih suatu pusaka, sŭbab kami tŭlah ditakdirkan mŭnurot kahandak Allah yang mŭlakukan sagala sŭsuatu mŭnurot mufakat kahandaknya sŭndiri. Supaya kami kŭlak bulih mŭnjadi kapujian bagie kamuliannya, yang tŭrdahulu tŭlah bŭrgantong akan Almasih. Dan kapadanyalah juga kamu pun bŭrgantong, kumdian deripada kamu tŭlah mŭnŭngar pŭrkataan yang bŭnar, iyaani Injil slamat kamu itu; maka dalam Isa juga, sŭtlah sudah kamu pŭrchaya, maka kamu dimutriekan dŭngan Roh Alkudos yang tŭlah dijanjikan itu. Iya itulah haluan pusaka kami, sahingga pŭndapatan tŭbusan yang tŭlah tŭrbli itu, akan mŭndatangkan puji bagie kamuliannya.