EFESUS 1:17-19
EFESUS 1:17-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku memohon supaya Allah Tuhan kita Yesus Kristus, Bapa yang mulia, mengurniai kamu Roh-Nya. Roh Allah akan menjadikan kamu bijaksana dan akan menunjukkan Allah kepada kamu sehingga kamu mengenal Dia. Aku memohon agar Allah menjadikan fikiran kamu terbuka untuk memahami ajaran-Nya. Dengan demikian kamu mengetahui apa yang dapat kamu harapkan daripada Allah yang memanggil kamu. Betapa indah dan berlimpah-limpahnya berkat yang dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya, serta betapa besar kuasa-Nya yang menolong kita, orang yang percaya kepada Kristus. Kuasa itu seperti kuasa
EFESUS 1:17-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Supaya Allah Tuhan kami Isa Almasih, iya itu Ayah kamulian itu bulih mŭngurniakan pada kamu roh budiman, dan pŭrtunjokkan akan mŭngŭnal dia. Adapun sŭbab mata akal kamu itu tŭlah ditrangkan, bulihlah kamu dapat mŭngatahui akan hal hara jpŭmpotannya itu, dan apakah kŭkayaan kamulian pusakanya itu bagie orang orang salih adanya. Dan apakah tŭrsangat kabŭsaran kwasanya kapada kami yang pŭrchaya ini, mŭnurot pŭkŭrjaan yang deripada amat kwasanya itu?
EFESUS 1:17-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku berdoa semoga Allah Tuhan kita Yesus Kristus, iaitu Bapa kemuliaan, memberimu roh kebijaksanaan dan wahyu untuk mengenali-Nya. Semoga Allah menerangkan mata hatimu untuk mengetahui harapan daripada panggilan-Nya, limpah kemuliaan warisan-Nya dalam orang yang salih, dan betapa besar kuasa-Nya bagi kita yang beriman. Demikianlah pelaksanaan kuasa-Nya yang agung itu