EFESUS 1:15-23
EFESUS 1:15-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, sejak aku mendengar berita bahawa kamu percaya kepada Tuhan Yesus, dan bahawa kamu mengasihi semua umat Allah, aku tidak berhenti-henti bersyukur kepada Allah untuk kamu. Aku mengingat kamu apabila aku berdoa. Aku memohon supaya Allah Tuhan kita Yesus Kristus, Bapa yang mulia, mengurniai kamu Roh-Nya. Roh Allah akan menjadikan kamu bijaksana dan akan menunjukkan Allah kepada kamu sehingga kamu mengenal Dia. Aku memohon agar Allah menjadikan fikiran kamu terbuka untuk memahami ajaran-Nya. Dengan demikian kamu mengetahui apa yang dapat kamu harapkan daripada Allah yang memanggil kamu. Betapa indah dan berlimpah-limpahnya berkat yang dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya, serta betapa besar kuasa-Nya yang menolong kita, orang yang percaya kepada Kristus. Kuasa itu seperti kuasa yang digunakan oleh Allah ketika Dia membangkitkan Kristus daripada kematian, lalu memberi Dia tempat duduk di sebelah kanan-Nya di syurga. Di situ Kristus berkuasa atas semua pemerintah, penguasa, pemimpin, dan raja. Kristus jauh lebih berkuasa daripada sesiapa pun, baik yang hidup pada zaman ini mahupun pada zaman yang akan datang. Allah menaklukkan semuanya ke bawah kekuasaan Kristus, dan memberikan Kristus kepada jemaah sebagai penguasa segala sesuatu. Jemaah itu tubuh Kristus, dan kesempurnaan Kristus, dan Kristus menyempurnakan segala sesuatu di mana-mana sahaja.
EFESUS 1:15-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itulah aku pun, sŭtlah sudah mŭnŭngar derihal iman kamu bagie Tuhan Isa, sŭrta kasih kamu akan sagala orang salih itu, Tiadalah aku bŭrhŭnti deripada mŭnguchapkan shukor kŭrna kamu itu, sambil kusŭbutkan hal kamu dalam sagala doaku; Supaya Allah Tuhan kami Isa Almasih, iya itu Ayah kamulian itu bulih mŭngurniakan pada kamu roh budiman, dan pŭrtunjokkan akan mŭngŭnal dia. Adapun sŭbab mata akal kamu itu tŭlah ditrangkan, bulihlah kamu dapat mŭngatahui akan hal hara jpŭmpotannya itu, dan apakah kŭkayaan kamulian pusakanya itu bagie orang orang salih adanya. Dan apakah tŭrsangat kabŭsaran kwasanya kapada kami yang pŭrchaya ini, mŭnurot pŭkŭrjaan yang deripada amat kwasanya itu? Yang tŭlah dilakukannya kapada Almasih, tŭtkala dibangkitkannya akan dia deripada matinya, dan didudokkannya akan dia disŭblah kanannya sŭndiri dalam shorga. Iya itu tŭrlebih tinggi deripada sagala kŭpala pŭmrentah, dan pŭnguasaan, dan kwasa, dan pŭmrentahan, dan deripada sagala nama yang dinamai, bukannya dalam dunia ini sahja, mŭlainkan dalam yang akan datang pun. Dan lagi Allah tŭlah mŭnarohkan sagala sŭsuatu itu kabawah kaki Isa, sŭrta dijadikannya akan dia kŭpala atas sagala sŭsuatu bagie sidang jŭmaah. Maka iya itulah tubohnya, dan kalempahannya yang mŭmŭnohi sagala sŭsuatu dalam sagala sŭsuatu.
EFESUS 1:15-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu aku juga, setelah mendengar bahawa kamu beriman kepada Tuhan Yesus dan mengasihi semua orang yang salih, tidak putus-putus bersyukur tentangmu dan menyebutmu dalam doaku. Aku berdoa semoga Allah Tuhan kita Yesus Kristus, iaitu Bapa kemuliaan, memberimu roh kebijaksanaan dan wahyu untuk mengenali-Nya. Semoga Allah menerangkan mata hatimu untuk mengetahui harapan daripada panggilan-Nya, limpah kemuliaan warisan-Nya dalam orang yang salih, dan betapa besar kuasa-Nya bagi kita yang beriman. Demikianlah pelaksanaan kuasa-Nya yang agung itu dalam Kristus apabila membangkitkan-Nya daripada kematian dan mendudukkan-Nya di sebelah kanan-Nya di syurga. Allah meletakkan Kristus jauh di atas segala penguasa dan kekuasaan, kuasa dan pemerintahan, dan setiap nama yang dinamakan, bukan sahaja pada zaman ini tetapi juga pada zaman akan datang. Allah meletakkan segalanya di bawah kaki-Nya dan menjadikan-Nya Kepala semua hal ehwal jemaah, yang merupakan tubuh-Nya, disempurnakan oleh Dia yang menyempurnakan segala-galanya.