EFESUS 1:13-14
EFESUS 1:13-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu juga menjadi umat Allah, ketika kamu mendengar berita tentang ajaran benar, iaitu Berita Baik yang membawa penyelamatan kepada kamu. Kamu percaya kepada Kristus, dan untuk menunjukkan bahawa kamu milik Allah, Allah mengurniai kamu Roh-Nya yang telah dijanjikan-Nya itu. Roh itu jaminan bahawa kita akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya. Hal itu meyakinkan kita bahawa Allah akan membebaskan umat-Nya dengan sepenuhnya. Marilah kita memuji kemuliaan-Nya!
EFESUS 1:13-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan kapadanyalah juga kamu pun bŭrgantong, kumdian deripada kamu tŭlah mŭnŭngar pŭrkataan yang bŭnar, iyaani Injil slamat kamu itu; maka dalam Isa juga, sŭtlah sudah kamu pŭrchaya, maka kamu dimutriekan dŭngan Roh Alkudos yang tŭlah dijanjikan itu. Iya itulah haluan pusaka kami, sahingga pŭndapatan tŭbusan yang tŭlah tŭrbli itu, akan mŭndatangkan puji bagie kamuliannya.
EFESUS 1:13-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu juga dalam Kristus setelah mendengar kata kebenaran, iaitu Injil tentang penyelamatanmu. Dan dalam-Nya, setelah mempercayai-Nya, kamu telah dimaterai dengan Roh Kudus yang dijanjikan-Nya, yang menjadi jaminan bagi warisan kita hingga penebusan orang yang dimiliki Allah — segala puji bagi kemuliaan-Nya.