EFESUS 1:1-15
EFESUS 1:1-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Surat ini daripada Paulus, yang menjadi rasul Kristus Yesus kerana kehendak Allah. Surat ini ditujukan kepada umat Allah di Efesus yang setia dalam hidup yang bersatu dengan Kristus Yesus. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan. Marilah kita bersyukur kepada Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana kita hidup bersatu dengan Kristus, Allah sudah memberkati kita dengan segala berkat rohani dari syurga. Sebelum dunia ini diciptakan, Allah telah memilih kita untuk menjadi umat-Nya melalui hidup bersatu dengan Kristus, supaya kita menjadi suci dan tidak bercela di hadirat-Nya. Kerana kasih-Nya, Allah telah membuat keputusan untuk menjadikan kita anak-anak-Nya melalui Yesus Kristus. Itulah keinginan dan kehendak Allah. Marilah kita memuji Allah bagi rahmat-Nya yang mulia, yang dikurniakan-Nya kepada kita melalui Anak yang dikasihi-Nya! Hal itu demikian, kerana dengan kematian Kristus kita dibebaskan; maknanya Allah sudah mengampunkan dosa kita. Alangkah mulianya rahmat Allah, yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita dengan berlimpah-limpah! Dengan segala kebijaksanaan dan pengertian, Allah telah melaksanakan tujuan-Nya. Dia memberitahu kita rancangan-Nya yang dirahsiakan, tetapi yang sudah ditentukan-Nya akan disempurnakan melalui Kristus. Rancangan itu akan disempurnakan oleh Allah pada masa yang ditentukan-Nya. Rancangan itu adalah untuk menyatukan segala sesuatu yang telah diciptakan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi, dengan Kristus sebagai kepala. Allah melakukan semuanya menurut rancangan dan keputusan-Nya sendiri. Dari mula-mula lagi Dia telah memilih kita, kerana Dia mahu supaya kita menjadi umat-Nya oleh sebab hidup bersatu dengan Kristus. Marilah kita, yang pertama sekali berharap kepada Kristus, memuji kemuliaan Allah! Kamu juga menjadi umat Allah, ketika kamu mendengar berita tentang ajaran benar, iaitu Berita Baik yang membawa penyelamatan kepada kamu. Kamu percaya kepada Kristus, dan untuk menunjukkan bahawa kamu milik Allah, Allah mengurniai kamu Roh-Nya yang telah dijanjikan-Nya itu. Roh itu jaminan bahawa kita akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya. Hal itu meyakinkan kita bahawa Allah akan membebaskan umat-Nya dengan sepenuhnya. Marilah kita memuji kemuliaan-Nya! Oleh itu, sejak aku mendengar berita bahawa kamu percaya kepada Tuhan Yesus, dan bahawa kamu mengasihi semua umat Allah
EFESUS 1:1-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
ADAPUN Paulus, sa’orang rasul Isa Almasih, iya itu dŭngan kahandak Allah datang kapada orang orang salih yang ada dinŭgri Efesus, sŭrta kapada sagala orang yang bŭrsŭtia kapada Isa Almasih. Maka biarlah kiranya atas kamu anugrah dan slamat deri pada Allah Ayah kami, dan deripada Tuhan Isa Almasih. Puji bagie Allah, iya itu Ayah Tuhan kami Isa Almasih, yang tŭlah mŭmbŭrkati kami dŭngan sagala bŭrkat rohani yang deri dalam shorga ulih Almasih. Spŭrti tŭlah dipileh Allah akan kami ulih Isa tŭrdahulu deripada kajadian dunia, supaya kami patut mŭnjadi suchi dŭngan tiada bŭrchachat dihadapannya kŭrna kasih. Maka tŭlah ditakdirkan Allah akan kami kapada pangkat anak anak angkat bagienya, iya itu ulih Isa Almasih mŭnurot kŭrelaan kahandaknya. Akan mŭmuji kamulian anugrahnya, dalam itupun iya tŭlah mŭnjadikan kami dipŭrkŭnankannya ulih sŭbab kakasihnya. Maka deripada Isalah kami tŭlah tŭrtŭbus ulih sŭbab bŭrkat darahnya, iya itu ampunan sagala dosa, mŭnurot kŭkayaan anugrahnya, Yang tŭlah dilempahkan Allah bagie kami dŭngan sagala hikmat dan bijaksana; Sŭbab sudah dibrinya tahu pada kami akan rahsia kahandaknya itu mŭnurot kŭrelaannya yang tŭlah ditŭntukannya dalam dirinya; Supaya dalam pŭratoran sagala waktu yang akan digŭnapi itu bulihlah Tuhan mŭnghimponkan sama sama mŭnjadi satu sagala pŭrkara itu bagie Almasih, iya itu baik yang dishorga, baik yang didunia, bagienya juga. Maka deripadanyalah juga kami tŭlah bŭrulih suatu pusaka, sŭbab kami tŭlah ditakdirkan mŭnurot kahandak Allah yang mŭlakukan sagala sŭsuatu mŭnurot mufakat kahandaknya sŭndiri. Supaya kami kŭlak bulih mŭnjadi kapujian bagie kamuliannya, yang tŭrdahulu tŭlah bŭrgantong akan Almasih. Dan kapadanyalah juga kamu pun bŭrgantong, kumdian deripada kamu tŭlah mŭnŭngar pŭrkataan yang bŭnar, iyaani Injil slamat kamu itu; maka dalam Isa juga, sŭtlah sudah kamu pŭrchaya, maka kamu dimutriekan dŭngan Roh Alkudos yang tŭlah dijanjikan itu. Iya itulah haluan pusaka kami, sahingga pŭndapatan tŭbusan yang tŭlah tŭrbli itu, akan mŭndatangkan puji bagie kamuliannya. Maka sŭbab itulah aku pun, sŭtlah sudah mŭnŭngar derihal iman kamu bagie Tuhan Isa, sŭrta kasih kamu akan sagala orang salih itu
EFESUS 1:1-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Daripada Paulus, rasul Kristus Yesus dengan kehendak Allah, Kepada semua orang salih di Efesus, iaitu orang yang beriman kepada Kristus Yesus: Kasih kurnia dan damai sejahtera kepadamu daripada Bapa kita Allah dan daripada Tuhan Yesus Kristus. Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, yang telah memberkati kita dengan segala berkat rohani di syurga dalam Kristus. Sebabnya Dia telah memilih kita dalam Kristus sebelum dunia ini dijadikan, supaya kita suci dan tidak bercela di hadapan-Nya. Dalam kasih, Dia telah menentukan kita dari mulanya untuk diangkat sebagai anak oleh Yesus Kristus kepada diri-Nya, menurut keredaan dan kehendak-Nya — supaya terpujilah kemuliaan kasih kurnia-Nya, yang dirahmati-Nya kepada kita dalam Dia yang dikasihi-Nya. Dalam-Nya kita mendapat penebusan melalui darah-Nya, pengampunan dosa, menurut limpah kasih kurnia-Nya yang dilimpahkan-Nya kepada kita dengan segala kebijaksanaan dan pengertian. Dia memberitahu kita rahsia kehendak-Nya, menurut keredaan-Nya yang sudah ditentukan-Nya dalam Kristus, bahawa setelah sampai masa pelaksanaannya — Dia akan menyatukan segala sesuatu di bawah Kristus sebagai Kepala, baik yang di syurga mahupun yang di bumi. Dalam-Nya juga kita telah mendapat warisan, kerana telah ditentukan dari mulanya menurut maksud Allah yang melakukan segalanya seperti pertimbangan kehendak-Nya, bahawa kami yang mula-mula menaruh harapan pada Kristus akan mendatangkan puji bagi kemuliaan-Nya. Kamu juga dalam Kristus setelah mendengar kata kebenaran, iaitu Injil tentang penyelamatanmu. Dan dalam-Nya, setelah mempercayai-Nya, kamu telah dimaterai dengan Roh Kudus yang dijanjikan-Nya, yang menjadi jaminan bagi warisan kita hingga penebusan orang yang dimiliki Allah — segala puji bagi kemuliaan-Nya. Oleh itu aku juga, setelah mendengar bahawa kamu beriman kepada Tuhan Yesus dan mengasihi semua orang yang salih