PENGKHUTBAH 9:7-10
PENGKHUTBAH 9:7-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Makanlah, minumlah, dan bergembiralah! Minumlah wain dan bergembiralah; Allah tidak melarangnya. Biarlah kamu sentiasa bergembira dan muka kamu berseri-seri. Nikmatilah hidup dengan isteri yang kamu kasihi, selama hidupmu yang sia-sia, yang diberikan Allah kepadamu di dunia ini. Nikmatilah setiap hari meskipun sia-sia sahaja kerana hanya itu yang kamu dapat untuk jerih payahmu. Jalankanlah segala tugasmu dengan sungguh-sungguh, kerana di dunia orang mati tiada pekerjaan, fikiran, pengetahuan, ataupun hikmat lagi; ke sanalah kamu akan pergi.
PENGKHUTBAH 9:7-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Maka makanlah rotimu dan minumlah air anggurmu dengan riang kerana Allah sudah pun berkenan dengan perbuatanmu. Biarlah pakaianmu sentiasa kemas dan bersih serta sentiasa ada minyak di kepalamu. Nikmatilah hidup dengan isteri yang kamu kasihi sepanjang kesia-siaan hidupmu yang dianugerahkan Allah kepadamu di bawah matahari. Itulah bahagianmu dalam hidup dan dalam usaha jerih payahmu selama ini di bawah matahari. Usahakan dengan segala daya upaya apa-apa sahaja yang dikerjakan tanganmu kerana di alam kubur yang kamu tuju kelak tidak ada pekerjaan, perancangan, pengetahuan dan hikmah.