PENGKHUTBAH 1:16-18
PENGKHUTBAH 1:16-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku berkata dalam hati, “Aku telah menjadi agung, lebih bijak daripada sesiapa pun yang pernah memerintah Yerusalem sebelum zamanku. Aku tahu akan hikmat dan pengetahuan yang sebenar.” Aku bertekad untuk mengetahui perbezaan antara pengetahuan dan kebodohan, antara hikmat dan kebebalan. Tetapi ternyata aku ini seperti mengejar angin sahaja. Semakin banyak hikmat, semakin banyak kekhuatiran. Semakin banyak pengetahuan, semakin banyak penderitaan.
PENGKHUTBAH 1:16-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Berbicaralah aku dengan hatiku sendiri: “Lihatlah, aku kini hebat dan hikmahku jauh lebih daripada yang dimiliki oleh semua orang yang memerintah Yerusalem sebelum aku. Ya, hatiku sudah mengalami begitu banyak hikmah dan ilmu pengetahuan.” Maka sepenuh hatiku aku tetapkan untuk mengenali hikmah dan mengenali segala yang gila dan yang bodoh. Tetapi aku sedari itu pun usaha menjaring angin. Ada banyak kehibaan dalam banyak hikmah, dan sesiapa yang menambah ilmu pengetahuan sekadar meningkatkan sakit dan rasa hiba.