ULANGAN 6:1-2
ULANGAN 6:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
“TUHAN, Allah kamu memerintah aku mengajarkan semua hukum ini kepada kamu. Patuhilah semuanya di tanah yang segera akan kamu duduki. Seumur hidup, kamu dan keturunan kamu harus menghormati TUHAN, Allah kamu dan mematuhi segala hukum-Nya yang aku berikan kepada kamu, supaya kamu panjang umur di tanah itu.
Kongsi
Baca ULANGAN 6ULANGAN 6:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Inilah perintah, iaitu segala kanun dan peraturan yang kuajarkan kepadamu atas perintah TUHAN, Allahmu, untuk dilaksanakan di negeri yang akan kamu masuki serta duduki, supaya kamu dan anak cucumu takut kepada TUHAN, Allahmu, seumur hidupmu dengan berpegang teguh pada segala kanun serta perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu, dan supaya lanjut umurmu.
Kongsi
Baca ULANGAN 6