ULANGAN 3:21-22
ULANGAN 3:21-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian aku berkata kepada Yosua, ‘Engkau sudah nampak segala yang dilakukan TUHAN, Allahmu terhadap Raja Sihon dan Raja Og, dua orang raja itu; Dia akan melakukan hal yang sama kepada setiap raja yang negerinya engkau serang. Jangan takut kepada mereka, kerana TUHAN, Allahmu akan berperang untukmu.’ ”
Kongsi
Baca ULANGAN 3ULANGAN 3:21-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian pada waktu itu juga aku memberikan perintah kepada Yosua, ‘Dengan matamu sendiri kamu telah melihat semua yang dilakukan TUHAN, Allahmu, ke atas kedua-dua orang raja itu. TUHAN pun akan melakukan hal yang sedemikian itu terhadap semua kerajaan di tempat yang akan kamu masuki. Jangan takut kepada mereka, kerana TUHAN, Allahmu, Dialah yang akan berperang untukmu.’ ”
Kongsi
Baca ULANGAN 3