ULANGAN 28:65-67
ULANGAN 28:65-67 Alkitab Berita Baik (BM)
Di kalangan bangsa-bangsa itu, kamu tidak akan mendapat ketenteraman dan tidak ada tempat yang dapat kamu sebut milik kamu; TUHAN akan menyebabkan kamu sangat gelisah, putus asa, dan cemas. Hidup kamu akan selalu terancam bahaya. Siang malam kamu akan dipenuhi kengerian, dan kamu sentiasa takut akan kematian. Apa sahaja yang kamu lihat akan menyebabkan hati kamu berdebar-debar kerana takut. Setiap pagi kamu akan mengharapkan malam, dan setiap malam kamu akan mengharapkan pagi.
ULANGAN 28:65-67 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Antara bangsa itu kamu tidak akan mendapat ketenangan. Tidak akan ada tempat perhentian bagi telapak kakimu. Di sana TUHAN akan memberikan kepadamu hati yang gementar, mata yang sayu, dan jiwa yang merana. Hidupmu akan terkatung-katung. Siang dan malam kamu akan ketakutan, dan tidak ada kepastian dalam hidupmu. Pada pagi kamu akan berkata, ‘Kalaulah sudah malam,’ dan pada waktu senja kamu akan berkata, ‘Kalaulah sudah pagi,’ kerana ketakutan yang dirasakan hatimu serta hal-hal yang kaulihat dengan matamu.