ULANGAN 23:3-4
ULANGAN 23:3-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang Amon dan orang Moab serta keturunan mereka sampai kepada generasi yang kesepuluh, tidak boleh menjadi umat TUHAN. Mereka tidak mahu memberi kamu makanan dan air ketika kamu dalam perjalanan keluar dari Mesir. Mereka juga mengupah Bileam anak Beor, dari kota Petor di Mesopotamia, untuk mengutuk kamu.
Kongsi
Baca ULANGAN 23ULANGAN 23:3-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tiada bani Amon atau bani Moab yang boleh masuk dalam jemaah TUHAN, bahkan zuriat mereka sampai keturunan kesepuluh pun tidak boleh masuk dalam jemaah TUHAN untuk selama-lamanya, kerana mereka tidak menyambut kamu dengan roti dan air minum dalam perjalananmu setelah kamu keluar dari Mesir. Bahkan mereka mengupah Bileam anak Beor dari Petor di Aram-Mesopotamia untuk mengutuk kamu.
Kongsi
Baca ULANGAN 23