ULANGAN 16:1-3
ULANGAN 16:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
“Hormatilah TUHAN, Allah kamu dengan merayakan Paska pada bulan Abib kerana pada bulan itu, pada suatu malam, TUHAN, Allah kamu menyelamatkan kamu dari Mesir. Pergilah ke satu tempat ibadat itu, lalu di sana sembelihlah seekor daripada domba atau lembu kamu untuk perjamuan Paska bagi menghormati TUHAN, Allah kamu. Apabila kamu makan perjamuan itu, jangan makan roti yang beragi. Selama tujuh hari kamu harus makan roti yang tidak beragi, seperti yang kamu lakukan dahulu semasa kamu melarikan diri dengan tergesa-gesa dari Mesir. Makanlah roti yang tidak beragi - roti yang disebut roti penderitaan - supaya seumur hidup kamu, kamu ingat akan hari kamu meninggalkan Mesir, tempat penderitaan itu.
ULANGAN 16:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ingatlah bulan Abib dan rayakanlah Paskah bagi TUHAN, Allahmu, kerana pada bulan Abib itulah TUHAN, Allahmu, membawa kamu keluar dari Mesir pada malam hari. Hendaklah kamu menyembelih korban Paskah daripada kawanan domba atau kawanan lembu untuk dipersembahkan kepada TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih TUHAN sebagai tempat untuk menegakkan nama-Nya. Jangan makan korban itu dengan roti yang beragi. Selama tujuh hari hendaklah kamu memakannya dengan roti yang tidak beragi, iaitu roti penderitaan, kerana dengan terburu-buru kamu keluar dari Tanah Mesir. Dengan demikian, engkau akan mengingat hari engkau keluar dari Tanah Mesir itu seumur hidupmu.