ULANGAN 14:28-29
ULANGAN 14:28-29 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada akhir setiap tahun ketiga, bawalah persembahan persepuluhan daripada segala hasil tanaman kamu dan simpanlah semuanya di dalam kota-kota kamu. Makanan itu untuk orang Lewi kerana mereka tidak mempunyai harta milik. Makanan itu juga untuk orang asing, anak yatim piatu, dan balu yang tinggal di kota-kota kamu. Mereka boleh datang dan mengambil segala yang diperlukan mereka. Buatlah demikian, maka TUHAN, Allah kamu akan memberkati kamu dalam segala usaha kamu.”
ULANGAN 14:28-29 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada akhir setiap tiga tahun, keluarkanlah segala persembahan sepersepuluh dari hasil usaha kamu dalam tahun itu dan tempatkanlah di kotamu, supaya orang Lewi, yang tidak mendapat bahagian atau harta pusaka seperti kamu, demikian pula para pendatang, anak yatim, dan balu yang ada di kotamu dapat datang dan makan sampai kenyang. Dengan demikian TUHAN, Allahmu, akan memberkati segala pekerjaan yang dilakukan tanganmu.