ULANGAN 13:1-3
ULANGAN 13:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Mungkin seorang nabi ataupun pentafsir mimpi berjanji akan mengadakan perbuatan ajaib atau mukjizat untuk mengajak kamu menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan yang tidak pernah kamu sembah. Walaupun perkara yang dijanjikan oleh nabi itu benar-benar berlaku, jangan pedulikan kata-katanya. TUHAN, Allah kamu menggunakan dia untuk menguji kamu, supaya TUHAN tahu sama ada kamu mengasihi-Nya dengan sepenuh hati atau tidak.
ULANGAN 13:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Seandainya muncul seorang nabi atau seorang pemimpi dalam kalangan kamu, dan dia menunjukkan kepadamu suatu tanda ajaib atau mukjizat, lalu tanda ajaib atau mukjizat yang dikatakannya kepadamu itu terjadi dan dia berkata, ‘Mari kita mengikuti tuhan-tuhan lain, iaitu tuhan-tuhan yang tidak kaukenal, dan mari kita beribadat kepadanya,’ jangan dengarkan kata-kata nabi atau pemimpi itu, kerana TUHAN, Allahmu, sedang menguji kamu untuk mengetahui adakah kamu sungguh-sungguh mengasihi TUHAN, Allahmu, dengan sepenuh hatimu dan dengan sepenuh jiwamu.