ULANGAN 10:17-20
ULANGAN 10:17-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
TUHAN, Allahmu, sememangnya Allah segala allah, Tuhan segala tuhan, Allah yang besar, perkasa, dan tersangat hebat, yang tidak memilih kasih serta tidak menerima sogokan. Dia membela hak anak yatim dan balu. Dia mengasihi kaum pendatang, dan memberikan kepada mereka makanan serta pakaian. Oleh sebab itu hendaklah kamu mengasihi kaum pendatang, kerana kamu pun pernah menjadi pendatang di Tanah Mesir. Takutlah kepada TUHAN, Allahmu, dan beribadatlah kepada-Nya. Berpautlah kepada-Nya dan bersumpahlah demi nama-Nya.
ULANGAN 10:17-20 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN, Allah kamu itu berkuasa atas semua tuhan lain dan semua kekuasaan. Dia agung dan berkuasa, dan Dia harus ditaati. Dia tidak berat sebelah dan tidak menerima rasuah. Dia memastikan agar anak yatim piatu dan balu diperlakukan dengan adil. Dia mengasihi orang asing yang tinggal bersama dengan bangsa kita; Dia memberi mereka makanan dan pakaian. Oleh itu, kamu harus mengasihi orang asing tersebut kerana kamu sendiri pernah menjadi orang asing di Mesir. Hormatilah TUHAN, Allah kamu, dan beribadatlah kepada Dia sahaja. Setialah kepada-Nya dan bersumpahlah demi nama-Nya sahaja.