DANIEL 9:26-27
DANIEL 9:26-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada akhir jangka masa itu, pemimpin yang dipilih oleh Allah itu akan dibunuh walaupun dia tidak bersalah. Kota Yerusalem dan Rumah TUHAN akan dimusnahkan oleh pasukan tentera seorang raja yang berkuasa. Akhir jangka masa itu akan tiba seperti banjir yang membawa peperangan dan kemusnahan yang telah ditentukan oleh Allah. Raja itu akan membuat perjanjian yang kukuh dengan banyak orang selama tujuh tahun. Pada pertengahan jangka masa itu, raja itu akan menghentikan segala korban dan persembahan. Kemudian sesuatu yang disebut ‘Bencana Yang Dahsyat’ akan diletakkan di Rumah TUHAN, dan tetap di situ sehingga orang yang meletakkannya menemui kebinasaan yang telah ditentukan oleh Allah baginya.”
DANIEL 9:26-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas tempoh selama enam puluh dua minggu itu, Orang Yang Dilantik itu akan dilenyapkan dan tidak akan memiliki apa-apa. Kota dan tempat suci itu akan dimusnahkan oleh rakyat daripada seorang raja yang akan datang. Masa itu akan diakhiri dengan air bah dan sampai akhir zaman akan ada peperangan. Kebinasaan sudah ditentukan. Raja itu akan mengukuhkan perjanjian dengan ramai orang selama satu minggu. Pada pertengahan minggu itu, dia akan menghentikan korban sembelihan dan persembahan bahan makanan. Si pembinasa akan datang di atas sayap kekejian, sampai kesudahan yang telah ditentukan dicurahkan ke atas si pembinasa itu.”