DANIEL 4:34-35
DANIEL 4:34-35 Alkitab Berita Baik (BM)
Raja bertitah, “Selepas tujuh tahun itu beta memandang ke langit. Tiba-tiba fikiran beta waras semula. Beta memuji Allah Yang Maha Tinggi sambil menghormati dan memuliakan Dia yang hidup selama-lamanya. Allah akan memerintah selama-lamanya, kerajaan-Nya akan tetap sepanjang masa. Manusia di dunia tidak bererti bagi-Nya; malaikat di syurga dan manusia di bumi, semua di bawah kuasa-Nya. Tiada sesiapa dapat menentang kehendak-Nya, ataupun menyoal perbuatan-Nya.
DANIEL 4:34-35 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Pada akhir tempoh masa itu, aku, Nebukadnezar, menengadah ke langit dan fikiranku kembali kepadaku. Aku memuji Yang Maha Tinggi. Aku menyanjung dan membesarkan Dia yang hidup selama-lamanya, kerana kekuasaan-Nya sememangnya kekuasaan yang kekal, dan kerajaannya tetap turun-temurun. Semua penghuni bumi dianggap seperti tidak bererti. Dia bertindak menurut kehendak-Nya terhadap para penguasa langit dan penghuni bumi. Tidak ada yang dapat menahan tangan-Nya atau berkata kepada-Nya, ‘Apakah yang telah Engkau lakukan?’