DANIEL 2:1-3
DANIEL 2:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada tahun kedua pemerintahannya, Raja Nebukadnezar bermimpi. Raja sangat khuatir tentang mimpinya itu sehingga tidak dapat beradu. Oleh itu raja memanggil semua penilik, ahli sihir, bomoh, dan orang berilmu untuk mentafsirkan mimpinya itu. Ketika semua orang itu menghadap, raja bertitah kepada mereka, “Beta bermimpi, dan beta gelisah kerana beta hendak tahu erti mimpi itu.”
DANIEL 2:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada tahun yang kedua dalam zaman pemerintahannya, Raja Nebukadnezar mendapat mimpi lantas hatinya amat resah dan dia susah tidur. Raja memanggil para ahli ilmu ghaib, para ahli mantera, para tukang faal, dan orang Kasdim untuk memberitahunya apa yang dimimpinya itu. Maka datanglah mereka dan berdiri di hadapan raja. Kata raja kepada mereka, “Aku mendapat mimpi, dan hatiku resah kerana ingin memahami mimpi itu.”