DANIEL 1:12-16
DANIEL 1:12-16 Alkitab Berita Baik (BM)
“Ujilah kami selama sepuluh hari. Berilah kami sayur dan air sahaja untuk makanan dan minuman. Selepas sepuluh hari, bandingkanlah rupa kami dengan rupa pemuda lain, yang makan makanan yang ditetapkan oleh raja. Kemudian buatlah keputusan berdasarkan pengamatanmu.” Pengawas itu bersetuju dan membenarkan mereka mengadakan percubaan selama sepuluh hari. Selepas sepuluh hari, mereka kelihatan lebih sihat dan kuat daripada semua pemuda yang makan makanan yang ditetapkan oleh raja. Sejak hari itu pengawas itu membenarkan mereka terus makan sayur-sayuran, dan tidak makan makanan atau minum wain yang ditetapkan oleh raja.
DANIEL 1:12-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Ujilah hamba-hambamu ini selama sepuluh hari. Berilah kami makan sayur dan minum air sahaja. Kemudian biarlah tuan mengamati perawakan kami berbanding dengan perawakan orang muda yang makan santapan diraja, dan selepas itu, perlakukanlah hamba-hambamu ini selaras dengan pengamatan tuan.” Penjaga itu bersetuju dengan permintaan mereka lalu menguji mereka selama sepuluh hari. Setelah sepuluh hari berlalu, tampaklah betapa perawakan mereka lebih baik dan tubuh mereka lebih gemuk daripada semua orang muda yang makan santapan diraja. Jadi, penjaga itu menyingkirkan makanan dan air anggur yang sepatutnya diminum mereka, dan sebaliknya memberikan sayur kepada mereka.