KOLOSE 4:2-4
KOLOSE 4:2-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Hendaklah kamu berdoa dengan tekun dan berwaspada, sambil bersyukur kepada Allah. Berdoalah juga bagi kami, supaya Allah memberi kami peluang baik untuk mengisytiharkan berita tentang rahsia Kristus. Kerana hal itulah, sekarang aku dipenjarakan. Berdoalah supaya aku dapat menyampaikan berita itu dengan sejelas-jelasnya, kerana hal itulah yang mesti aku lakukan.
KOLOSE 4:2-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Slalulah dalam bŭrdoa, dan jagalah dalam hal yang dŭmkian, sŭrta mŭnguchap shukor. Dŭngan sagala doa itu, pintakanlah akan kami pun, supaya Allah mŭmbukakan bagie kami akan jalan mŭngajar rahsia Almasih, kŭrna deri sŭbab itulah juga aku tŭlah tŭrblunggu. Supaya bulihlah kunyatakan itu spŭrti yang patut aku bŭrkata kata.
KOLOSE 4:2-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bertekunlah dalam doa dan berjaga-jaga serta mengucap syukur. Doakan kami juga, semoga Allah membukakan kami suatu pintu bagi firman-Nya, supaya kami bercakap tentang rahsia Kristus. Oleh sebab rahsia itulah aku terpenjara ini, semoga aku dapat menyatakannya dengan jelas, sebagaimana yang sewajarnya.