KOLOSE 3:5-9
KOLOSE 3:5-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, matikanlah keinginan duniawi yang menguasai diri kamu, seperti perbuatan cabul, perkara yang tidak senonoh, hawa nafsu, keinginan yang jahat, dan ketamakan (kerana ketamakan itu serupa dengan penyembahan berhala). Perkara-perkara semacam itu membangkitkan kemurkaan Allah terhadap orang yang tidak menurut perintah-Nya. Dahulu kamu sendiri pun hidup menuruti keinginan-keinginan demikian, pada masa kamu dikuasai olehnya. Tetapi sekarang kamu tidak boleh berbuat hal-hal ini lagi: marah, mengamuk, dan mempunyai perasaan benci terhadap orang lain. Janganlah caci maki orang ataupun guna kata-kata lucah. Janganlah saling mendustai, kerana kamu sudah membuang hidup yang lama dengan semua sifatnya.
KOLOSE 3:5-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sŭbab itu matikanlah sagala anggotamu yang diatas bumi ini; iya itu, zinah dan kachŭmaran, dan nafsu yang nŭjis, dan kainginan yang jahat, dan tŭmaa, maka iya itulah bŭrhala: Maka sŭbab sagala pŭrkara itulah mŭndatangkan morka Allah atas sagala anak anak dŭrhaka. Adapun dalam hal yang dŭmkianlah, kamu tŭlah bŭrlaku dahulu, tŭtkala kamu hidop dalamnya; Tŭtapi skarang handaklah kamu mŭmbuangkan sagala pŭrkara inipun; iya itu marah, dan iri hati, dan dŭngki, dan hujat, dan pŭrkataan kotor yang kluar deri mulot kamu. Maka janganlah kamu bŭrdusta sa’orang dŭngan sa’orang, sŭbab tampaknya kamu sudah mŭninggalkan prangie manusia yang lama, sŭrta dŭngan sagala klakuannya.
KOLOSE 3:5-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, matikanlah dalam dirimu segala yang bersifat dunia: perbuatan cabul, kecemaran, hawa nafsu, keinginan jahat dan tamak haloba, yang sama dengan menyembah berhala. Disebabkan semua inilah kemurkaan Allah akan menimpa anak-anak derhaka. Dulu kamu pun berkelakuan demikian, pada masa kamu masih dalam kehidupan itu. Tetapi sekarang kamu haruslah menyingkirkan segalanya seperti: marah, geram, niat jahat, menghina Allah, mengeluarkan kata-kata kotor dari mulutmu. Jangan bercakap bohong satu sama lain, kerana kamu sudah melucutkan dirimu yang lama itu dengan segala kelakuannya