KOLOSE 3:5-14

KOLOSE 3:5-14 Alkitab Berita Baik (BM)

Oleh itu, matikanlah keinginan duniawi yang menguasai diri kamu, seperti perbuatan cabul, perkara yang tidak senonoh, hawa nafsu, keinginan yang jahat, dan ketamakan (kerana ketamakan itu serupa dengan penyembahan berhala). Perkara-perkara semacam itu membangkitkan kemurkaan Allah terhadap orang yang tidak menurut perintah-Nya. Dahulu kamu sendiri pun hidup menuruti keinginan-keinginan demikian, pada masa kamu dikuasai olehnya. Tetapi sekarang kamu tidak boleh berbuat hal-hal ini lagi: marah, mengamuk, dan mempunyai perasaan benci terhadap orang lain. Janganlah caci maki orang ataupun guna kata-kata lucah. Janganlah saling mendustai, kerana kamu sudah membuang hidup yang lama dengan semua sifatnya. Sekarang kamu menjadi manusia baru yang sentiasa dibaharui oleh Penciptanya iaitu Allah, supaya menjadi seperti Dia. Dengan demikian kamu dapat mengenal Allah dengan sempurna. Dengan demikian lenyaplah perbezaan antara orang bukan Yahudi dengan orang Yahudi, orang bersunat dengan orang yang tidak bersunat, orang asing dengan orang biadab, abdi dengan orang bebas. Kristuslah segala-galanya dan Dia bersatu dengan mereka semua. Kamu umat Allah. Allah mengasihi kamu dan memilih kamu supaya menjadi milik-Nya sendiri. Oleh itu, kamu harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar. Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni kamu. Di samping melakukan semua itu, kamu harus saling mengasihi, kerana kasih menyatupadukan kamu dengan sempurna.

KOLOSE 3:5-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Sŭbab itu matikanlah sagala anggotamu yang diatas bumi ini; iya itu, zinah dan kachŭmaran, dan nafsu yang nŭjis, dan kainginan yang jahat, dan tŭmaa, maka iya itulah bŭrhala: Maka sŭbab sagala pŭrkara itulah mŭndatangkan morka Allah atas sagala anak anak dŭrhaka. Adapun dalam hal yang dŭmkianlah, kamu tŭlah bŭrlaku dahulu, tŭtkala kamu hidop dalamnya; Tŭtapi skarang handaklah kamu mŭmbuangkan sagala pŭrkara inipun; iya itu marah, dan iri hati, dan dŭngki, dan hujat, dan pŭrkataan kotor yang kluar deri mulot kamu. Maka janganlah kamu bŭrdusta sa’orang dŭngan sa’orang, sŭbab tampaknya kamu sudah mŭninggalkan prangie manusia yang lama, sŭrta dŭngan sagala klakuannya. Dan kamu tŭlah mŭmakie prangie manusia yang bahru, yang dibahrui dalam pŭngatahuan, mŭnurot tuladan yang tŭlah mŭnjadikan dia itu. Baik bukan Grika, atau Yahudi, baik bŭrsunat, atau tidak bŭrsunat, baik Babar, atau Tatar, baik abdi, atau mŭrdehka; tŭtapi Almasih bagie skalian, dan dalam skalian. Sŭbab itu, spŭrti orang orang pilahan Allah, yang suchi dan kŭkasih, pakiekanlah kamewahan hati, dan kasihan dan rŭndah hati, dan lŭmah lŭmbut, dan panjang hati. Sabarlah sa’orang akan sa’orang, dan maafkanlah sa’orang akan sa’orang, jikalau ada barang sa’orang bŭrsalah akan sa’orang; spŭrti kamu pun tŭlah diampuni ulih Almasih, maka dŭmkianlah juga handaknya kamu pun bŭrbuat. Adapun atas sagala pŭrkara inipun, tarohkanlah kasih, iya itulah pŭngikat kasampornaan.