KOLOSE 3:18-25
KOLOSE 3:18-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Istri istri, handaklah kamu tundok pada suamimu sŭndiri, dŭngan bŭrpatutan dalam agama Tuhan. Suami suami, handaklah kamu mŭngasihi istrimu, dan janganlah mŭnaroh hati hangat akan dia. Kanak kanak, handaklah kamu mŭnurot akan prentah ibu bapamu dalam sagala pŭrkara; kŭrna iya itu sangat dipŭrkŭnankan Tuhan. Bapa bapa, janganlah kamu mŭmbuat marah akan anak anakmu, supaya jangan tawar hati marika itu. Hamba hamba, handaklah kamu mŭnurot prentah tuanmu dalam sagala pŭrkara spŭrti adat dunia; jangan dŭngan muka muka, supaya dipŭrkŭnankan orang sahja; tŭtapi dŭngan tulos hati, sŭrta takot akan Allah. Maka barang sŭsuatu yang kamu pŭrbuat itu, handaklah kamu pŭrbuat itu dŭngan bŭtol hati, spŭrti kapada Tuhan, bukannya kapada manusia. Kŭtahuilah ulihmu bahwa deripada Tuhanlah kamu akan mŭndapat upah pusaka itu: kŭrna kamu pŭrhambakan kapada Tuhan iya itu Almasih. Tŭtapi barang siapa yang bŭrbuat salah, maka iya kŭlak akan mŭnŭrima spŭrti kasalahan yang dipŭrbuatnya itu, kŭrna tiadalah pŭrlainannya sa’orang dŭngan sa’orang.
KOLOSE 3:18-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Isteri, tunduklah kepada suamimu, sebagaimana yang patut dalam Tuhan. Suami, kasihilah isterimu dan jangan berlaku keras terhadapnya. Anak-anak, turutlah perintah ibu bapamu dalam segala perkara, kerana demikianlah yang diredai Tuhan. Bapa, jangan sakitkan hati anak-anakmu, supaya mereka tidak tawar hati. Hamba sahaya, dalam segala hal turutlah perintah orang yang menjadi tuanmu dalam perkara dunia; bukan secara bermuka-muka, untuk menyukakan hati manusia, tetapi dengan tulus ikhlas dan takut akan Allah. Lakukan segala kerja dengan sebulat hatimu untuk Tuhan, bukan untuk manusia, kerana kamu tahu bahawa daripada Tuhan kamu akan menerima warisan sebagai ganjaranmu. Kristus ialah Tuanmu dan kamu hamba-Nya. Orang yang melakukan kesalahan akan mendapat balasan yang setimpal, tidak kira siapa dia.
KOLOSE 3:18-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Hai isteri, taatlah kepada suami, kerana demikianlah seharusnya kelakuan kamu sebagai orang Kristian. Hai suami, kasihilah isteri dan janganlah berlaku kasar terhadap mereka. Anak-anak, sebagai orang Kristian kamu wajib mentaati ibu bapa kamu, kerana hal itulah yang menyenangkan hati Allah. Hai ibu bapa, janganlah sakiti hati anak-anak supaya mereka tidak menjadi tawar hati. Hai abdi, dalam segala hal taatlah kepada tuan yang di dunia ini. Janganlah berbuat demikian hanya pada masa kamu diawasi, kerana ingin mendapat pujian. Taatilah mereka dengan ikhlas, kerana kamu menghormati Tuhan. Lakukanlah semua tugas dengan sepenuh hati, seolah-olah kamu melakukannya untuk Tuhan dan bukan untuk manusia. Ingatlah, kamu akan menerima pahala daripada Tuhan, yang telah disediakan Tuhan untuk umat-Nya. Hal itu demikian kerana tuan yang kamu layani sebenarnya Kristus. Sesiapa yang berbuat salah akan dihukum setimpal dengan kesalahannya, kerana Allah mengadili setiap orang dengan tidak berat sebelah.