KOLOSE 3:18-21
KOLOSE 3:18-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Hai isteri, taatlah kepada suami, kerana demikianlah seharusnya kelakuan kamu sebagai orang Kristian. Hai suami, kasihilah isteri dan janganlah berlaku kasar terhadap mereka. Anak-anak, sebagai orang Kristian kamu wajib mentaati ibu bapa kamu, kerana hal itulah yang menyenangkan hati Allah. Hai ibu bapa, janganlah sakiti hati anak-anak supaya mereka tidak menjadi tawar hati.
KOLOSE 3:18-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Istri istri, handaklah kamu tundok pada suamimu sŭndiri, dŭngan bŭrpatutan dalam agama Tuhan. Suami suami, handaklah kamu mŭngasihi istrimu, dan janganlah mŭnaroh hati hangat akan dia. Kanak kanak, handaklah kamu mŭnurot akan prentah ibu bapamu dalam sagala pŭrkara; kŭrna iya itu sangat dipŭrkŭnankan Tuhan. Bapa bapa, janganlah kamu mŭmbuat marah akan anak anakmu, supaya jangan tawar hati marika itu.
KOLOSE 3:18-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Isteri, tunduklah kepada suamimu, sebagaimana yang patut dalam Tuhan. Suami, kasihilah isterimu dan jangan berlaku keras terhadapnya. Anak-anak, turutlah perintah ibu bapamu dalam segala perkara, kerana demikianlah yang diredai Tuhan. Bapa, jangan sakitkan hati anak-anakmu, supaya mereka tidak tawar hati.