KOLOSE 3:13-14
KOLOSE 3:13-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni kamu. Di samping melakukan semua itu, kamu harus saling mengasihi, kerana kasih menyatupadukan kamu dengan sempurna.
KOLOSE 3:13-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sabarlah sa’orang akan sa’orang, dan maafkanlah sa’orang akan sa’orang, jikalau ada barang sa’orang bŭrsalah akan sa’orang; spŭrti kamu pun tŭlah diampuni ulih Almasih, maka dŭmkianlah juga handaknya kamu pun bŭrbuat. Adapun atas sagala pŭrkara inipun, tarohkanlah kasih, iya itulah pŭngikat kasampornaan.
KOLOSE 3:13-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bersabarlah terhadap satu sama lain, maaf-memaafi, jika seseorang ada sesuatu aduan terhadap yang lain. Sebagaimana Tuhan telah mengampuni kamu, demikianlah kamu harus mengampuni sesama sendiri. Paling utama amalkanlah kasih, ikatan dan penyatu yang sempurna.