KOLOSE 3:12-16
KOLOSE 3:12-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu umat Allah. Allah mengasihi kamu dan memilih kamu supaya menjadi milik-Nya sendiri. Oleh itu, kamu harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar. Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni kamu. Di samping melakukan semua itu, kamu harus saling mengasihi, kerana kasih menyatupadukan kamu dengan sempurna. Hendaklah kedamaian yang diberikan oleh Kristus menolong kamu membuat keputusan tentang apa yang harus dilakukan, kerana Allah telah memanggil kamu supaya menjadi anggota satu tubuh, sehingga kamu dapat mengalami kedamaian itu. Bersyukurlah! Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. Bernyanyilah untuk Allah dengan perasaan syukur di dalam hati.
KOLOSE 3:12-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sŭbab itu, spŭrti orang orang pilahan Allah, yang suchi dan kŭkasih, pakiekanlah kamewahan hati, dan kasihan dan rŭndah hati, dan lŭmah lŭmbut, dan panjang hati. Sabarlah sa’orang akan sa’orang, dan maafkanlah sa’orang akan sa’orang, jikalau ada barang sa’orang bŭrsalah akan sa’orang; spŭrti kamu pun tŭlah diampuni ulih Almasih, maka dŭmkianlah juga handaknya kamu pun bŭrbuat. Adapun atas sagala pŭrkara inipun, tarohkanlah kasih, iya itulah pŭngikat kasampornaan. Biarlah kiranya sŭjahtra deripada Allah itu bŭrkrajaan dalam hati kamu, maka deri hal itulah juga kamu tŭlah dijŭmpot akan mŭnjadi suatu tuboh; maka mŭnguchap shukorlah. Maka biarlah kiranya pŭrkataan Almasih itu tinggal dalam hati kamu bŭrlempah lempah dalam sagala budi; mŭngajar dan mŭmbri nasihat sa’orang dŭngan sa’orang, dŭngan mazmor mazmor, dan puji pujian, dan shayer ilham Roh, mŭnyanyilah dŭngan anugrah bagie Tuhan Isa.
KOLOSE 3:12-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebagai orang pilihan Allah yang suci dan amat dikasihi-Nya kamu haruslah bersifat belas kasih, baik budi, rendah hati, lemah lembut dan sabar. Bersabarlah terhadap satu sama lain, maaf-memaafi, jika seseorang ada sesuatu aduan terhadap yang lain. Sebagaimana Tuhan telah mengampuni kamu, demikianlah kamu harus mengampuni sesama sendiri. Paling utama amalkanlah kasih, ikatan dan penyatu yang sempurna. Biarlah damai Kristus menguasai hatimu. Kamu telah dipanggil untuk mendapat damai itu dalam satu tubuh. Kamu haruslah bersyukur. Biarlah sabda Kristus menetap dalam dirimu dengan segala kekayaan dan kebijaksanaannya. Ajar dan nasihati satu sama lain dengan mazmur, lagu pujian dan nyanyian rohani, serta nyanyikanlah lagu rohani dengan rasa syukur kepada Allah dalam hatimu.