KOLOSE 3:1-4
KOLOSE 3:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu sudah dihidupkan semula bersama-sama Kristus. Oleh itu kamu harus mengingini perkara-perkara yang di syurga, di tempat Kristus duduk di atas takhta di sebelah kanan Allah. Hendaklah kamu memusatkan fikiran kepada perkara-perkara yang di syurga, bukan kepada perkara-perkara yang di bumi. Hal itu demikian kerana kamu sudah mati, dan hidup kamu tersembunyi dengan Kristus di dalam Allah. Hanya Kristus yang dapat menyebabkan hidup kamu betul-betul bererti, dan apabila Dia menampakkan diri lagi di bumi, kamu juga akan bersama-sama Dia dan menikmati kemuliaan-Nya!
KOLOSE 3:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA jikalau kiranya kamu tŭlah dibangkitkan sŭrta dŭngan Almasih, charilah pŭrkara pŭrkara yang diatas, ditŭmpat Almasih ada sŭmayam dikanan Allah. Maka tujukanlah ingatanmu kapada pŭrkara pŭrkara yang diatas, bukannya kapada pŭrkara pŭrkara yang dibumi. Kŭrna kamu ini sudah mati, maka hayatmu itn tŭrlindong sŭrta dŭngan Almasih bagie Allah. Maka apabila kŭlak Almasih, hayat kami itu kŭlak nyata, maka pada masa itulah kamu pun kŭlak nyatalah sŭrtanya dalam kamuliaan.
KOLOSE 3:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan demikian, jika kamu telah dibangkitkan bersama Kristus, carilah perkara-perkara yang berkaitan dengan syurga, tempat Kristus duduk di sebelah kanan Allah. Tumpukan pemikiranmu kepada hal-hal di syurga, bukan hal-hal di bumi. Kerana kamu telah mati, dan hidupmu tersembunyi bersama Kristus dalam Allah. Apabila Kristus yang merupakan kehidupan kamu itu muncul, kamu akan muncul bersama-Nya dalam kemuliaan.