KOLOSE 2:9-13
KOLOSE 2:9-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Seluruh keperibadian Allah juga terdapat dalam diri Kristus, pada waktu Dia hidup di bumi sebagai manusia. Kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus, kamu juga diberikan hidup sejati. Semua roh yang berkuasa dan yang memerintah berada di bawah kekuasaan Kristus. Kerana bersatu dengan Kristus, kamu sudah disunat, bukan dengan sunat yang dilakukan oleh manusia, tetapi dengan sunat yang dilakukan oleh Kristus, yang membebaskan kamu daripada kuasa keinginan yang berdosa. Hal itu demikian kerana pada waktu kamu dibaptis, kamu dikubur bersama-sama Kristus. Dengan baptisan itu juga kamu dihidupkan kembali bersama-sama Kristus, kerana kamu percaya kepada kuasa Allah yang telah membangkitkan Kristus daripada kematian. Dahulu kamu sudah mati secara rohani kerana kamu berdosa, dan juga kerana kamu bukan orang Yahudi dan tidak mengenal Taurat Musa. Tetapi sekarang Allah telah menghidupkan kamu bersama-sama Kristus. Allah telah mengampunkan semua dosa kita.
KOLOSE 2:9-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna dalamnyalah juga ada diam sagala kŭlangkapan katuhanan dalam tuboh Maka kamulah ada langkap dalamnya; iyalah kŭpala sagala pŭmrentahan dan kwasa. Maka dalamnya pula kamu tŭlah disunatkan dŭngan sunat yang tiada dipŭrbuat dŭngan tangan, iya itu dŭngan mŭmbuangkan tuboh dosa deripada hawa nafsu ulih sunat Almasih. Maka kamu tŭlah ditanamkan sŭrtanya dŭngan baptisan, maka deripada itulah kamu tŭlah dibangkitkan sŭrtanya ulih iman yang dipŭrlakukan Allah, yang tŭlah mŭmbangkitkan dia deripada mati. Maka ulih sŭbab kamu tŭlah mati dalam dosamu, dan ulih sŭbab tiada tubohmu bŭrsunat itu, maka dihidopkan kamu bŭrsama sama dŭngan Isa, kŭrna sudah diampunilah sagala kasalahanmu itu.
KOLOSE 2:9-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dalam-Nya terhimpun seluruh ketuhanan berbentuk jasmani, dan kamu sempurna dalam-Nya, yang merupakan kepala segala perintah dan kuasa. Dalam-Nya juga kamu telah disunatkan dengan persunatan tanpa menggunakan tangan, iaitu dengan membuangkan segala dosa hawa nafsu dunia daripada tubuhmu, melalui persunatan Kristus. Kamu telah dikuburkan bersama-Nya dengan baptisan, dan telah dibangkitkan bersama-Nya melalui iman dalam kuasa Allah yang telah membangkitkan-Nya daripada kematian. Kamu dahulu mati kerana melakukan dosa dan kerana tidak bersunat secara lahiriah. Allah telah menghidupkan kamu bersama Tuhan dan mengampunkan segala kesalahanmu.