KOLOSE 2:1-3
KOLOSE 2:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku ingin kamu tahu bahawa aku bekerja keras untuk kamu dan untuk mereka yang di Laodikia, serta untuk semua orang lain yang belum mengenal aku. Aku berbuat demikian supaya kamu dan mereka berteguh hati, dan juga bersatu kerana saling mengasihi. Dengan demikian kamu dan mereka sungguh-sungguh meyakini dan mengerti serta mengenal rahsia Allah, iaitu Kristus sendiri. Kristuslah yang menyingkap segala kebijaksanaan dan pengetahuan Allah yang diibaratkan sebagai harta tersembunyi.
KOLOSE 2:1-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA kukahandakilah supaya kamu mŭngatahui, bagimana garangan bŭsarnya pŭprangan yang ada padaku kŭrna kamu, dan kŭrna sagala orang yang ada dinŭgri Laodekia, dan kŭrna sŭbrapa pula orang yang bŭlom mŭlihat mukaku dalam ka’adaanku ini. Supaya hiburlah hati marika itu, sŭrta mŭnjadi tŭrikat bŭrsama sama dŭngan kasih, sahingga iya mŭndapat sagala kŭkayaan katŭntuan yang samporna deripada pŭngatahuan, akan mŭngaku rahsia Allah, iya itu Ayah dan Almasih. Maka dalamnyalah juga tŭrslindong sagala pŭrbandahran hikmat dan pŭngatahuan.
KOLOSE 2:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku mahu kamu tahu betapa perasaanku bergolak keranamu dan orang Laodikia, juga semua yang belum lagi bertemu muka denganku. Aku ingin hati mereka terhibur, terjalin rapat dalam kasih, dan mereka mencapai pengertian penuh dalam segala kekayaan serta kepastiannya, supaya mereka mengetahui rahsia Allah Bapa dan Kristus, yang dalam-Nya tersembunyi seluruh harta kebijaksanaan dan pengetahuan.