KOLOSE 1:3-8
KOLOSE 1:3-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Kami sentiasa bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, apabila kami berdoa untuk kamu. Hal itu demikian kerana kami telah mendapat berita tentang kepercayaan kamu kepada Kristus Yesus, dan tentang kasih kamu bagi semua umat Allah. Apabila Berita Baik, perkhabaran yang benar itu disampaikan kepada kamu dahulu, kamu mendengar tentang harapan yang diberikan oleh Berita Baik itu. Kerana kamu berharap akan apa yang disediakan oleh Allah untuk kamu di syurga, kamu percaya kepada Kristus dan mengasihi umat Allah. Berita Baik itu terus-menerus membawa berkat untuk manusia dan Berita Baik itu tersebar ke seluruh dunia, seperti yang berlaku di kalangan kamu sejak hari pertama kamu mendengar berita tentang rahmat Allah dan benar-benar menghayatinya. Kamu mendengar hal itu daripada Epafras, rakan sekerja yang kami kasihi. Dia bekerja untuk Kristus bagi pihak kami dan dia dapat dipercayai. Dia memberitahu kami bahawa dengan kuasa Roh Allah kamu dapat saling mengasihi.
KOLOSE 1:3-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kami mŭnguchap shukorlah kapada Allah, iya itu Ayah Tuhan kami Isa Almasih, sŭrta mŭmintakan doa pada sŭdiakala akan kamu. Sŭmŭnjak kami mŭnŭngar derihal iman kamu akan Isa Almasih, sŭrta derihal kasih kamu kapada sagala orang salih itu. Maka deri sŭbab harap yang tŭlah disimpankan bagie kamu dalam shorga, spŭrti yang tŭlah kamu mŭnŭngar dahulu pŭrkataan bŭnar deripada Injil itu. Maka iya itu tŭlah datang kapada kamu sŭrta kapada sagala alam; dan yang tŭlah bŭrbuahlah spŭrti yang ada kapadamu pun, sŭmŭnjak deripada hari yang kamu tŭlah mŭnŭngar itu, dan mŭngatahui anugrah Allah dŭngan sŭbŭnarnya. Spŭrti yang kamu pŭlajari pula deripada kŭkasih kami Epafras yang sama hamba dŭngan kami, iya itu bagie kamu sa’orang guru mumin Almasih. Danlagi iya tŭlah mŭnchŭrtrakan kapada kami akan kasihmu deripada Roh.
KOLOSE 1:3-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kami mengucapkan syukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, dan kami sentiasa mendoakan kamu, sejak kami mendengar tentang imanmu dalam Kristus Yesus dan kasihmu terhadap semua orang salih — kerana harapan yang ada bagimu di syurga, yang telah kamu dengar dalam kata kebenaran, iaitu Injil, yang telah datang kepadamu. Di seluruh dunia, Injil ini sedang membuahkan manfaat dan tersebar luas, seperti dalam kalanganmu sejak kamu mendengar dan mengetahui kasih kurnia Allah dalam segala kebenarannya. Kamu telah mendengar juga daripada teman sekerja kami yang dikasihi, Epafras, yang menjadi hamba Kristus yang beriman bagi kami, yang juga telah menceritakan kepada kami kasihmu dalam Roh.