KOLOSE 1:3-12

KOLOSE 1:3-12 Alkitab Berita Baik (BM)

Kami sentiasa bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, apabila kami berdoa untuk kamu. Hal itu demikian kerana kami telah mendapat berita tentang kepercayaan kamu kepada Kristus Yesus, dan tentang kasih kamu bagi semua umat Allah. Apabila Berita Baik, perkhabaran yang benar itu disampaikan kepada kamu dahulu, kamu mendengar tentang harapan yang diberikan oleh Berita Baik itu. Kerana kamu berharap akan apa yang disediakan oleh Allah untuk kamu di syurga, kamu percaya kepada Kristus dan mengasihi umat Allah. Berita Baik itu terus-menerus membawa berkat untuk manusia dan Berita Baik itu tersebar ke seluruh dunia, seperti yang berlaku di kalangan kamu sejak hari pertama kamu mendengar berita tentang rahmat Allah dan benar-benar menghayatinya. Kamu mendengar hal itu daripada Epafras, rakan sekerja yang kami kasihi. Dia bekerja untuk Kristus bagi pihak kami dan dia dapat dipercayai. Dia memberitahu kami bahawa dengan kuasa Roh Allah kamu dapat saling mengasihi. Itulah sebabnya kami selalu berdoa bagi kamu, sejak kami mendengar berita tentang kamu. Kami berdoa kepada Allah supaya Roh Allah memberikan kebijaksanaan dan pengertian kepada kamu, sehingga boleh mengetahui kehendak Allah dengan sempurna. Dengan demikian kamu dapat hidup menurut kehendak Tuhan, dan sentiasa melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya. Cara hidup itu akan menghasilkan pelbagai perbuatan yang baik, dan pengetahuan kamu tentang Allah akan bertambah juga. Semoga kamu dikuatkan oleh Allah dengan kuasa-Nya yang mulia, sehingga dapat menanggung derita dengan sabar. Dengan sukacita bersyukurlah kepada Bapa, yang telah menjadikan kamu layak menerima apa yang disediakan oleh Allah untuk umat-Nya dalam pemerintahan yang penuh dengan cahaya daripada Allah.

KOLOSE 1:3-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka kami mŭnguchap shukorlah kapada Allah, iya itu Ayah Tuhan kami Isa Almasih, sŭrta mŭmintakan doa pada sŭdiakala akan kamu. Sŭmŭnjak kami mŭnŭngar derihal iman kamu akan Isa Almasih, sŭrta derihal kasih kamu kapada sagala orang salih itu. Maka deri sŭbab harap yang tŭlah disimpankan bagie kamu dalam shorga, spŭrti yang tŭlah kamu mŭnŭngar dahulu pŭrkataan bŭnar deripada Injil itu. Maka iya itu tŭlah datang kapada kamu sŭrta kapada sagala alam; dan yang tŭlah bŭrbuahlah spŭrti yang ada kapadamu pun, sŭmŭnjak deripada hari yang kamu tŭlah mŭnŭngar itu, dan mŭngatahui anugrah Allah dŭngan sŭbŭnarnya. Spŭrti yang kamu pŭlajari pula deripada kŭkasih kami Epafras yang sama hamba dŭngan kami, iya itu bagie kamu sa’orang guru mumin Almasih. Danlagi iya tŭlah mŭnchŭrtrakan kapada kami akan kasihmu deripada Roh. Maka sŭbab itulah deri sŭmŭnjak hari kami mŭnŭngar itu, maka kami pun tiadalah bŭrhŭnti deripada mŭndoakan kamu, sambil mŭmohonkan supaya kamu dipŭnohi dŭngan pŭngatahuan kahandak Allah dalam sagala hikmat, dan budiman yang tŭrbit deri Roh itu. Supaya kamu mŭnjalani dŭngan layaknya bagie Tuhan dalam sagala karelaannya, sŭrta bŭrbuah dalam sagala pŭrbuatan yang baik, dan bŭrtambah tambahlah dalam pŭngatahuan Allah. Supaya dikwasakanlah tŭramat sangat mŭnurot gagah kamuliaannya dalam sagala sabar, dan panjang hati, dŭngan kagŭmaran; Mŭnguchap shukorlah kapada Ayah yang tŭlah mŭlayakkan kami akan bŭrulih bahgian deripada pusaka orang orang salih dalam trang