KOLOSE 1:19-21
KOLOSE 1:19-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah sendiri yang menentukan bahawa keperibadian Allah juga terdapat dengan sepenuhnya dalam diri Anak. Melalui Anak juga, Allah mengambil keputusan untuk membawa segala sesuatu, baik yang di bumi mahupun yang di syurga, kembali kepada-Nya. Allah melakukan hal itu melalui kematian Anak-Nya di kayu salib. Dahulu kamu jauh daripada Allah, dan memusuhi Dia, kerana perbuatan dan fikiran kamu jahat.
KOLOSE 1:19-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna dipŭrkŭnankan Allah, supaya dalamnyalah sagala kŭlangkapan itu diam. Dan sŭbab iya tŭlah mŭndatangkan pŭrdamiean dŭngan bŭrkat darah salibnya itu, maka deripadanyalah juga dipŭrdamiekannya sagala sŭsuatu bagienya sŭndiri; deripadanyalah juga aku kata, baik sagala pŭrkara yang diatas bumi, baik sagala pŭrkara yang dilangit, dipŭrdamiekan. Maka kamu yang dahulu orang asing, lagi bŭrsŭtru dalam hatimu dŭngan sagala pŭrbuatan yang jahat, tŭtapi skarang sudahlah dipŭrdamiekan
KOLOSE 1:19-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kerana Allah berkenan bahawa seluruh diri-Nya berada dalam Dia. Juga melalui Dia, Allah mendamaikan segalanya dengan diri-Nya, baik yang di bumi mahupun di syurga, dengan mengadakan perdamaian melalui pencurahan darah-Nya di atas salib. Kamu dahulu tersisih daripada Allah dan merupakan seteru dalam pemikiranmu kerana perbuatanmu yang jahat.