AMOS 8:11-12
AMOS 8:11-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Masanya akan tiba apabila Aku mendatangkan kebuluran di negeri ini. Orang akan lapar, tetapi tidak lapar akan makanan. Orang akan dahaga, tetapi tidak dahaga akan air. Mereka lapar dan dahaga akan perkhabaran daripada TUHAN. Aku, TUHAN Raja, sudah berfirman. Orang akan mengembara dari Laut Mati ke Laut Tengah, dan selanjutnya dari utara ke timur. Di merata-rata tempat mereka akan mencari perkhabaran daripada TUHAN, tetapi mereka tidak akan mendapatnya.
AMOS 8:11-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Sesungguhnya, akan datang waktunya,” demikianlah firman Tuhan ALLAH, “Aku akan menimpakan kebuluran atas negeri ini — bukan kelaparan dan kehausan kerana tiada makanan atau tiada air, melainkan untuk mendengar firman TUHAN. Mereka akan mengembara dari laut ke laut dan dari utara ke timur, serta menjelajah untuk mencari firman TUHAN, tetapi mereka tidak akan menemukannya.