AMOS 5:21-24
AMOS 5:21-24 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman, “Aku benci dan muak dengan perayaan agama kamu; Aku jemu melihatnya! Apabila kamu mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, Aku tidak akan menerimanya. Aku tidak akan menerima ternak yang gemuk, yang kamu persembahkan sebagai korban untuk memohon berkat, kepada-Ku. Hentikanlah nyanyian kamu yang membisingkan itu; Aku tidak mahu mendengar permainan kecapi kamu. Sebaliknya, berusahalah supaya keadilan mengalir seperti sungai, dan kejujuran mengalir seperti air yang tidak pernah kering.
AMOS 5:21-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Aku membenci, Aku memandang hina perayaan-perayaanmu. Aku tidak suka pada perhimpunan hari-hari perayaan kamu. Bahkan sekalipun kamu mempersembahkan kepada-Ku segala korban bakaran dan persembahan bahan makananmu, Aku tidak akan berkenan menerimanya. Aku tidak mahu memandang korban-korban kedamaian daripada ternakan kamu yang tambun. Jauhkanlah daripada-Ku keramaian nyanyian-nyanyianmu. Aku tidak mahu mendengar irama gambusmu. Sebaliknya, biarlah keadilan bergulung-gulung seperti air dan perbenaran seperti sungai yang selalu mengalir.