KISAH RASUL-RASUL 9:3-9
KISAH RASUL-RASUL 9:3-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Dalam perjalanannya ke Damsyik, apabila dia sudah dekat kota itu, tiba-tiba cahaya dari langit memancar di sekeliling Saulus. Dia jatuh ke tanah lalu mendengar suara berkata kepadanya, “Saulus, Saulus! Mengapa engkau menganiaya Aku?” Saulus bertanya, “Siapakah tuan?” Suara itu menjawab, “Aku Yesus, yang engkau aniaya. Bangunlah dan masuklah ke bandar. Di situ engkau akan diberitahu apa yang harus engkau lakukan.” Orang yang seperjalanan dengan Saulus berhenti dan terdiam. Mereka mendengar suara itu tetapi tidak melihat sesiapa pun. Saulus berdiri lalu membuka matanya, tetapi dia tidak dapat melihat apa-apa. Oleh itu mereka memegang tangannya dan memimpin dia masuk ke Damsyik. Tiga hari lamanya dia tidak dapat melihat, dan selama itu dia tidak makan atau minum.
KISAH RASUL-RASUL 9:3-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila iya bŭrjalan itu, hampirlah iya kanŭgri Damsek, tiba tiba mŭmancharlah deri langit suatu chaya yang gilang gumilang mŭnglilingi dia. Maka jatohlah Saul tŭrjŭrumus dibumi, lalu didŭngarnya suatu swara mŭngatakan padanya Saul, Saul, mŭngapa angkau mŭngannyayai aku? Maka jawabnya, Siapakah angkau, Tuhan? Maka bŭrkatalah Tuhan, Akulah Isa yang angkau annyayakan itu; maka sukarlah angkau mŭnŭndang kapada yang tajam. Maka bŭrkatalah iya dŭngan gŭmŭntar dan dahshatnya, Ya Tuhan, apakah angkau handak kupŭrbuat? Jawab Tuhan padanya, Bangunlah angkau, pŭrgi masok kŭdalam nŭgri, maka disanalah kŭlak akan dikatakan kapadamu apa yang patut angkau pŭrbuat. Adapun orang yang bŭrjalan sŭrtanya itu pun bŭrdirilah dŭngan kŭlunya, didŭngar akan swara itu, tŭtapi sa’orang pun tiada dilihatnya. Maka Saul pun bŭrbangkitlah deri bumi itu, sŭrta dibukanya matanya, maka tiadalah bulih klihatan sa’orang pun lagi; maka dipimpin oranglah tangannya, dibawanya masok kŭdalam nŭgri Damsek. Maka tiga hari lamanya iya tiada mŭlihat, dan tiada makan dan minum pun.
KISAH RASUL-RASUL 9:3-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dalam perjalanannya, apabila dia hampir sampai di Damsyik, tiba-tiba suatu cahaya dari langit bersinar mengelilinginya. Dia rebah ke bumi lalu mendengar suara berkata, “Saul, Saul, mengapa engkau menganiaya Aku?” Saul bertanya, “Siapakah Engkau, Tuan?” Jawab-Nya, “Akulah Yesus yang kauaniaya. Bangkitlah, masuklah ke kota. Di sana engkau akan diberitahu apa yang harus kaubuat.” Orang seperjalanan Saul terpegun kerana mendengar suara itu tanpa melihat sesiapa pun. Saul bangkit sambil membuka mata tetapi tidak dapat melihat suatu apa. Oleh yang demikian, mereka memegang tangannya dan memimpinnya masuk ke Damsyik. Selama tiga hari dia tidak dapat melihat dan tidak makan atau minum.