KISAH RASUL-RASUL 9:26-27
KISAH RASUL-RASUL 9:26-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Saulus pergi ke Yerusalem dan berusaha bergabung dengan pengikut-pengikut Yesus di situ. Tetapi mereka takut akan dia, kerana mereka tidak percaya bahawa dia benar-benar sudah menjadi pengikut Yesus. Kemudian Barnabas menyambut dia dan membawa dia kepada rasul-rasul. Barnabas memberitahu mereka bahawa Saulus sudah melihat Tuhan dalam perjalanan ke Damsyik, dan bahawa Tuhan sudah berkata-kata kepadanya. Dia juga memberitahu mereka bahawa dengan berani Saulus mengajar di Damsyik demi nama Yesus.
KISAH RASUL-RASUL 9:26-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun sŭrta sampielah Saul kaJerusalem, maka dichobainya bŭrdŭkat dŭkat dŭngan murid itu, maka takotlah sŭmuanya akan dia, sŭbab tiadalah marika itu pŭrchaya, bahwa iya pun sa’orang murid adanya. Maka diambil ulih Barnabas akan dia, sŭrta dibawanya kapada sagala Rasol, lalu dibrinya tahu kapada marika itu, bagimana hal Saul itu tŭlah mŭlihat Tuhan ditŭngah jalan, sŭrta Tuhan tŭlah bŭrkata kata padanya, dan bagimana iya tŭlah mŭngajar nama Isa itu dŭngan bŭrani hati diDamsek.
KISAH RASUL-RASUL 9:26-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apabila Saul sampai di Yerusalem, dia cuba menghubungi para murid Yesus tetapi mereka takut dan tidak percaya bahawa dia benar-benar murid Yesus. Barnabas membawa Saul ke hadapan para rasul dan menceritakan bagaimana dia telah melihat Tuhan ketika dalam perjalanan, kata-kata Tuhan kepadanya dan keberanian Saul menyebarkan nama Yesus di Damsyik.