KISAH RASUL-RASUL 9:13-16
KISAH RASUL-RASUL 9:13-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Ananias menjawab, “Ya Tuhan, banyak orang sudah memberitahu aku tentang orang ini. Dia sudah melakukan banyak perkara yang kejam terhadap umat-Mu di Yerusalem. Sekarang dia datang ke Damsyik dengan kuasa daripada ketua-ketua imam untuk menangkap semua orang yang menyembah Engkau.” Tetapi Tuhan berkata kepadanya, “Pergilah, kerana Aku sudah memilih dia untuk mengabdikan diri kepada-Ku, supaya dia memberitakan nama-Ku kepada bangsa-bangsa bukan Yahudi, raja-raja, dan umat Israel. Semua penderitaan yang harus dialaminya kerana Aku, akan Aku tunjukkan kepadanya.”
KISAH RASUL-RASUL 9:13-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka mŭnyahutlah Ananias katanya, Bahwa aku tŭlah mŭnŭngar deripada banyak orang akan hal orang itu, bŭbrapa kŭjahatan yang tŭlah dipŭrbuatnya kapada sagala orang salihmu diJerusalem. Maka skarang pun iya tŭlah bŭrulih kwasa deripada kŭpala kŭpala imam akan mŭngikat sagala orang yang bŭrsru dŭngan namamu. Tŭtapi bŭrkatalah Tuhan padanya, Pŭrgilah juga angkau, kŭrna orang itulah kŭlak akan mŭnjadi suatu pŭgawi yang tŭrpileh padaku, akan mŭmashorkan namaku kapada orang orang sŭsat, dan raja raja, dan bŭni Israil. Kŭrna aku akan mŭnunjokkan padanya bŭbrapa kasukaran kŭlak akan ditanggongkan sŭbab namaku.
KISAH RASUL-RASUL 9:13-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ananias menjawab, “Ya Tuhan, aku telah mendengar ramai orang mengatakan hal orang itu. Dia telah banyak menganiaya umat-Mu yang salih di Yerusalem. Sekarang dia datang ke Damsyik membawa kuasa daripada ketua-ketua imam untuk menangkap semua orang yang menyebut nama-Mu.” Namun demikian, Tuhan berkata, “Pergilah, kerana Aku telah memilihnya sebagai alat pilihan-Ku untuk mengkhabarkan nama-Ku kepada bangsa-bangsa asing, raja-raja, dan umat Israel. Aku akan menunjukkan kepadanya segala kesengsaraan yang akan ditanggungnya kerana nama-Ku.”