KISAH RASUL-RASUL 9:1-6
KISAH RASUL-RASUL 9:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Sementara itu Saulus meneruskan ancamannya untuk membunuh pengikut-pengikut Tuhan. Saulus pergi kepada Imam Agung, dan meminta surat kuasa untuk ditunjukkan kepada pemimpin rumah-rumah ibadat orang Yahudi di Damsyik. Dengan demikian, jika di situ dia menjumpai pengikut-pengikut Yesus, dia boleh menangkap mereka, baik lelaki mahupun perempuan, dan membawa mereka ke Yerusalem. Dalam perjalanannya ke Damsyik, apabila dia sudah dekat kota itu, tiba-tiba cahaya dari langit memancar di sekeliling Saulus. Dia jatuh ke tanah lalu mendengar suara berkata kepadanya, “Saulus, Saulus! Mengapa engkau menganiaya Aku?” Saulus bertanya, “Siapakah tuan?” Suara itu menjawab, “Aku Yesus, yang engkau aniaya. Bangunlah dan masuklah ke bandar. Di situ engkau akan diberitahu apa yang harus engkau lakukan.”
KISAH RASUL-RASUL 9:1-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA maka Saul pun lagi tŭngah mŭnyalakan gŭrtaknya, dan handak mŭmbunoh umat umat Tuhan, maka pŭrgilah iya kapada imam bŭsar. Maka dipintanya deripadanya surat prentah akan dibawanya kanŭgri Damsek kapada sagala kŭnisa, supaya jikalau iya mŭndapat orang dalam jalan ini, baik laki laki atau pŭrampuan, akan dibawanya marika itu dŭngan ikatnya kaJerusalem. Maka apabila iya bŭrjalan itu, hampirlah iya kanŭgri Damsek, tiba tiba mŭmancharlah deri langit suatu chaya yang gilang gumilang mŭnglilingi dia. Maka jatohlah Saul tŭrjŭrumus dibumi, lalu didŭngarnya suatu swara mŭngatakan padanya Saul, Saul, mŭngapa angkau mŭngannyayai aku? Maka jawabnya, Siapakah angkau, Tuhan? Maka bŭrkatalah Tuhan, Akulah Isa yang angkau annyayakan itu; maka sukarlah angkau mŭnŭndang kapada yang tajam. Maka bŭrkatalah iya dŭngan gŭmŭntar dan dahshatnya, Ya Tuhan, apakah angkau handak kupŭrbuat? Jawab Tuhan padanya, Bangunlah angkau, pŭrgi masok kŭdalam nŭgri, maka disanalah kŭlak akan dikatakan kapadamu apa yang patut angkau pŭrbuat.
KISAH RASUL-RASUL 9:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saul, yang terus-menerus mengancam hendak membunuh murid-murid Tuhan Yesus, pergi mendapatkan imam besar dan meminta surat untuk ditunjukkan kepada saumaah di Damsyik, supaya sekiranya dia menjumpai sesiapa yang mengikut Jalan Tuhan, baik lelaki mahupun perempuan, dia boleh memberkas dan membawa mereka ke Yerusalem. Dalam perjalanannya, apabila dia hampir sampai di Damsyik, tiba-tiba suatu cahaya dari langit bersinar mengelilinginya. Dia rebah ke bumi lalu mendengar suara berkata, “Saul, Saul, mengapa engkau menganiaya Aku?” Saul bertanya, “Siapakah Engkau, Tuan?” Jawab-Nya, “Akulah Yesus yang kauaniaya. Bangkitlah, masuklah ke kota. Di sana engkau akan diberitahu apa yang harus kaubuat.”