KISAH RASUL-RASUL 6:8-10
KISAH RASUL-RASUL 6:8-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Stefanus sangat diberkati oleh Allah dan diberikan-Nya kuasa untuk melakukan mukjizat. Banyak mukjizat dan keajaiban yang dilakukannya di kalangan orang ramai. Tetapi beberapa orang menentang dia. Mereka anggota rumah ibadat yang disebut Rumah Ibadat Orang Bebas. Anggota rumah ibadat itu terdiri daripada orang Yahudi dari Kirene dan Aleksandria. Mereka dengan beberapa orang Yahudi dari Kilikia dan Asia berdebat dengan Stefanus. Tetapi Roh Allah memberi Stefanus kebijaksanaan untuk berkata-kata, sehingga mereka tidak dapat menyangkal kata-katanya.
KISAH RASUL-RASUL 6:8-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Shahadan maka Istifanus pun pŭnohlah dŭngan iman, dan pŭnguasaan, diadakannyalah bŭbrapa tandah, dan ajaib yang bŭsar diantara kaum itu. ¶ Sŭbarmula maka bŭrbangkitlah bŭbrapa orang deri pada kŭnisa yang bŭrnama Libartina, dan Sirini, dan Iskandria, dan Asia, marika itu pun bŭrbantah bantahlah dŭngan Istifanus. Maka tiadalah dapat marika itu mŭlawan bijaksana dan kwasa pŭrkataannya itu.
KISAH RASUL-RASUL 6:8-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Stefanus, yang dipenuhi kasih kurnia dan kuasa rohani, banyak melakukan keajaiban dan tanda dalam kalangan orang ramai. Tetapi ada beberapa orang yang bangkit menentangnya, iaitu anggota saumaah yang disebut Saumaah Orang Yang Dibebaskan (terdiri daripada orang Yahudi dari Kirene, Aleksandria, Kilikia dan Asia). Mereka mulai berbahas dengan Stefanus. Namun demikian, mereka tidak dapat menewaskan kebijaksanaan dan Roh Kudus yang mengilhamkan kata-katanya.