KISAH RASUL-RASUL 6:1
KISAH RASUL-RASUL 6:1 Alkitab Berita Baik (BM)
Tidak berapa lama kemudian, apabila bilangan pengikut Yesus semakin bertambah, berlakulah pertengkaran antara orang Yahudi yang berbahasa Yunani dengan orang Yahudi yang berbahasa Ibrani. Orang Yahudi yang berbahasa Yunani berkata bahawa balu di kalangan mereka tidak menerima bantuan wang sehari-hari.
KISAH RASUL-RASUL 6:1 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA pada masa itu, tŭtkala bŭrtambah tambah umat itu mŭnjadi banyak, maka bŭrsungotlah orang Gŭrika kapada orang Ibrani, deri sŭbab jandanya pŭrampuan dilaliekannya deripada pliharaan sahari hari.
KISAH RASUL-RASUL 6:1 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tidak berapa lama selepas itu, ketika murid Yesus kian meningkat bilangannya, timbullah aduan daripada orang Yahudi peranakan Yunani terhadap orang Yahudi Ibrani. Orang Yahudi peranakan Yunani berkata bahawa balu dalam kalangan mereka diabaikan dalam pengagihan bantuan harian.