KISAH RASUL-RASUL 5:38-39
KISAH RASUL-RASUL 5:38-39 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu tentang perkara ini sekarang, saya cadangkan supaya jangan ambil tindakan apa-apa terhadap semua orang itu. Biarkan mereka pergi. Jika apa yang dicadangkan dan dilakukan mereka itu daripada manusia, maka semuanya akan lenyap. Tetapi jika semua itu datang daripada Allah, saudara-saudara tidak akan dapat mengalahkan mereka. Malah mungkin akan ternyata bahawa saudara-saudara melawan Allah.” Nasihat Gamaliel diterima oleh Majlis Agama.
KISAH RASUL-RASUL 5:38-39 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka skarang pun aku mŭngatakan padamu, bahwa biarkanlah orang itu, jangan diindahkan dia; jikalau kiranya bichara ini, atau pŭkŭrjaan ini deripada manusia datangnya, nŭschaya itu pun binasalah juga adanya. Tŭtapi jikalau kiranya deripada Allah datangnya, nŭschaya tiada dapat kamu mŭmbinasakan dia, asal jangan sa’olah olah kamu didapati mŭlawan Allah.
KISAH RASUL-RASUL 5:38-39 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan demikian, dalam hal ini, aku cadangkan jangan ambil apa-apa tindakan terhadap orang itu. Bebaskan mereka. Kalau rancangan atau usaha ini daripada manusia, segalanya akan hilang begitu sahaja. Sebaliknya, kalau segalanya itu datang daripada Allah, saudara-saudara tidak mungkin menumpaskannya, malah mungkin akan ternyata bahawa saudara-saudara melawan Allah.”