KISAH RASUL-RASUL 5:12-14
KISAH RASUL-RASUL 5:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Banyak mukjizat dan keajaiban dilakukan oleh rasul-rasul di kalangan orang ramai. Semua pengikut Yesus berkumpul di Serambi Salomo. Tidak ada orang di luar kelompok itu berani berkumpul dengan pengikut-pengikut Yesus, walaupun masyarakat sangat menghormati mereka. Tetapi bilangan mereka semakin bertambah, kerana banyak orang lelaki dan perempuan percaya kepada Tuhan.
KISAH RASUL-RASUL 5:12-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Shahadan maka banyaklah tandah, dan ajaib yang diadakan ulih tangan rasol rasol itu diantara kaum itu, maka skaliannya ada bŭrhimpon dŭngan satu hati disŭrambi Sulieman. Maka antara yang lain itu sa’orang pun tiadalah brani dŭkat kapada marika itu, akan tŭtapi dipŭrmuliakan orang juga akan marika itu. Maka makinlah bŭrtambah tambah orang yang pŭrchaya akan Tuhan, iya itu bŭbrapa banyak orang deripada laki laki dan pŭrampuan.
KISAH RASUL-RASUL 5:12-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Melalui rasul-rasul itu banyak tanda ajaib dan mukjizat dilakukan dalam kalangan masyarakat itu. Semuanya berhimpun dengan sehati di Serambi Salomo. Walaupun orang lain tidak berani menyertai mereka, namun orang ramai sangat menghormati mereka. Semakin lama semakinlah bertambah bilangan orang yang mempercayai Tuhan, baik lelaki mahupun perempuan.