KISAH RASUL-RASUL 4:32-37
KISAH RASUL-RASUL 4:32-37 Alkitab Berita Baik (BM)
Semua pengikut Kristus hidup sehati dan sefikiran. Tidak seorang pun menganggap apa yang dimilikinya kepunyaannya sendiri. Mereka saling berkongsi milik. Dengan kuasa yang besar, rasul-rasul itu memberikan kesaksian tentang kebangkitan Tuhan Yesus. Oleh itu Allah sangat memberkati mereka. Tidak seorang pun di kalangan mereka kekurangan apa-apa. Mereka yang memiliki tanah atau rumah, menjual harta mereka. Lalu mereka menyerahkan hasil penjualan itu kepada rasul-rasul. Kemudian wang itu dibahagi-bahagikan kepada setiap orang yang memerlukannya. Begitu juga halnya dengan Yusuf. Dia seorang keturunan Lewi yang lahir di Siprus. Rasul-rasul juga menyebut dia Barnabas (yang bererti Penggalak.) Dia menjual sebidang tanah yang dimilikinya, lalu membawa dan menyerahkan wangnya kepada rasul-rasul itu.
KISAH RASUL-RASUL 4:32-37 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka adalah hati sŭrta nyawa sagala orang yang pŭrchaya itu spŭrti suatu adanya, dan barang sa’orang jua pun tiada bŭrkata, bahwa suatu deri pada hartanya itu mileknya sŭndiri; kŭrna sŭmuanya barang itu adalah sama pŭrulihan. Maka sagala rasol rasol itu pun dŭngan kwasa bŭsar mŭngatakan saksi derihal Tuhan Isa itu tŭlah dihidopkan pula, maka nikmat Allah pun banyaklah bŭrlaku atas sagala marika itu. Sahingga tiadalah lagi bŭrkorangan apa apa pada barang sa’orang jua pun diantara sagala marika itu; kŭrna bŭbrapa orang yang mŭmpunyai tanah, atau rumah, dijualnya akan dia, maka dibawanyalah sagala harga pŭrkara yang tŭlah dijualnya itu, Dilŭtakkannya dikaki sagala rasol itu, maka dibahgilah kapada sa’orang masing masing kapada kŭdarnya. Maka adapun Yusa yang digŭlar ulih sagala rasol itu Bŭrnabas, yang tŭrsalin artinya Anak pŭnghiburan; maka iya itu sa’orang Lewi, nŭgrinya bŭrnama Syprus: Iya itu ada mŭmpunyai tanah, maka dijualnyalah akan dia, lalu dibawanya harganya, dilŭtakkannya dikaki sagala rasol itu.
KISAH RASUL-RASUL 4:32-37 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Semua orang yang sudah percaya itu sehati sejiwa. Tiada seorang pun yang mengatakan sesuatu itu miliknya; mereka berkongsi segalanya. Dengan kuasa yang hebat rasul-rasul itu bersaksi tentang kebangkitan Tuhan Yesus. Kasih kurnia besar melimpahi mereka sekalian. Tiada seorang pun di antara mereka yang kekurangan; kerana semua yang memiliki harta atau rumah telah menjualnya, membawa wang jualan itu dan meletakkannya di kaki para rasul; lalu dibahagikanlah antara mereka menurut keperluan masing-masing. Yusuf yang digelar para rasul Barnabas (yang diterjemahkan sebagai Anak Pendorong), orang Lewi dari Siprus, ada mempunyai tanah. Dia menjualnya lalu membawa wang jualan itu, dan meletakkannya di kaki para rasul.