KISAH RASUL-RASUL 4:23-28
KISAH RASUL-RASUL 4:23-28 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah Petrus dan Yohanes dibebaskan, mereka kembali kepada sahabat-sahabat mereka dan menceritakan segala yang dikatakan oleh ketua-ketua imam dan para pemimpin masyarakat Yahudi. Apabila pengikut-pengikut Yesus mendengar hal itu, dengan sehati mereka berdoa kepada Allah, “Ya Tuhan, Engkau sudah menjadikan langit, bumi, dan laut dengan segala isinya. Dengan Roh-Mu, Engkau pernah berfirman melalui nenek moyang kami, Daud hamba-Mu, ‘Mengapa orang bukan Yahudi marah? Mengapa bangsa-bangsa lain membuat pakatan yang sia-sia? Raja-raja dunia bersiap sedia untuk berperang, dan para penguasa berkumpul untuk melawan Tuhan dan Penyelamat yang diutus oleh Allah.’ Memang benar Herodes dan Pontius Pilatus mengadakan pertemuan dengan orang bukan Yahudi dan orang Israel di kota ini untuk melawan Yesus Hamba-Mu yang suci, yang Engkau jadikan Penyelamat. Mereka bersatu untuk melakukan segala yang telah Engkau tetapkan terlebih dahulu akan berlaku. Engkau dapat menetapkan demikian kerana kekuasaan dan kehendak-Mu.
KISAH RASUL-RASUL 4:23-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Sŭtlah sudah marika itu dilŭpaskan, maka kŭmbalilah iya kapada taulannya, sŭrta dichŭrtrakannya sagala sŭsuatu yang tŭlah diadakan ulih imam yang bŭsar bŭsar, dan orang tua tua kapadanya. Maka apabila didŭngar ulih marika itu akan hal yang dŭmkian, maka dŭngan satu hati marika itu mŭngangkat swaranya kapada Allah, katanya, Ya Tuhan, angkaulah Allah yang tŭlah mŭnjadikan langit, dan bumi, dan laut, sŭrta dŭngan isinya sŭmua. Tuhan pun bŭrfŭrman dŭngan mulot Daud, Mŭngapakah gŭmpar orang sŭsat itu, dan kaum itu bŭrfikir pŭrkara sia sia? Bahwa sagala raja raja dibumi tŭlah bŭrbangkit, dan sagala pŭnghulu itu pun tŭlah bŭrhimpon bŭrsama sama handak mŭlawan Tuhan, dan mŭlawan Mŭsĭhinya. Kŭrna sŭsungguhnya Herodis, dan Pontus Pilatus, dan orang sŭsat, sŭrta dŭngan kaum orang Israil tŭlah bŭrhimponlah mŭlawan anakmu yang suchi, iya itu Isa yang tŭlah angkau lantek. Supaya mŭlakukan sagala sŭsuatu yang tŭlah ditŭntukan dahulu dŭngan tanganmu, dan dŭngan bicharamu akan jadi.
KISAH RASUL-RASUL 4:23-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah dilepaskan, Petrus dan Yohanes segera pergi mendapatkan rakan-rakan mereka lalu menceritakan segala yang dikatakan oleh para imam besar dan pemimpin masyarakat itu kepada mereka. Apabila mendengar segalanya, mereka semua berseru dengan satu hati, “Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang menjadikan langit dan bumi serta laut dengan segala isinya, yang melalui Roh Kudus hamba-Mu Daud telah berfirman: ‘Mengapa bangsa-bangsa asing naik berang dan kaum-kaum berkomplot dengan sia-sia? Raja-raja bumi ini menegakkan pendirian, dan para pemimpin bermuafakat untuk melawan Tuhan dan melawan Dia yang diurapi-Nya.’ Sesungguhnya, Herodes dan Pontius Pilatus, bersama orang asing dan bangsa Israel telah berhimpun di negeri ini melawan Hamba Suci-Mu Yesus yang telah Kauurapi, untuk melakukan segala yang sudah ditentukan oleh kuasa dan tujuan-Mu.