KISAH RASUL-RASUL 4:18-21
KISAH RASUL-RASUL 4:18-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu mereka memanggil kedua-dua orang rasul itu masuk kembali, dan melarang mereka menyebut nama Yesus atau mengajar dengan nama-Nya. Tetapi Petrus dan Yohanes menjawab, “Pertimbangkan sendiri mana yang benar di sisi Allah: Taat kepada tuan-tuan atau taat kepada Allah? Kami tidak dapat berhenti berkata-kata tentang apa yang sudah kami lihat dan dengar.” Anggota-anggota Majlis Agama memberikan amaran yang lebih keras lagi, lalu membebaskan kedua-duanya. Mereka tidak dapat mencari alasan untuk menghukum Petrus dan Yohanes, kerana semua orang memuji-muji Allah bagi peristiwa itu.
KISAH RASUL-RASUL 4:18-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dipanggilnya marika itu, lalu diamarkannya, katanya, Jangan skali kali kamu bŭrkata kata, atau mŭngajar dŭngan nama Isa itu. Tŭtapi jawab Petros dan Yahya, Handaklah kamu timbang baik baik, adakah patut pada pŭmandangan Allah kami mŭnurot akan pŭrkataan kamu tŭrlebih deripada mŭnurot pŭrkataan Allah? Kŭrna dapat tiada kami bŭrkata kata juga akan pŭrkara yang tŭlah kami lihat, dan dŭngar. Tŭtapi apabila sudah digŭrtakkan marika itu lagi, lalu dilŭpaskannya akan dia orang pŭrgi, deri sŭbab takotnya akan kaum itu, kŭrna suatu pun tiada didapatinya bagimana handak dihukumkannya akan dia orang, tŭgal sagala orang mŭmuliakan Allah, deri kŭrna pŭrkara ajaib itu yang tŭlah jadi.
KISAH RASUL-RASUL 4:18-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan demikian mereka pun memanggil kedua-duanya itu dan mengeluarkan perintah jangan sekali-kali bercakap atau mengajar dengan nama Yesus. Tetapi Petrus dan Yohanes menjawab, “Wajarkah pada pandangan Allah jika kami mendengar katamu lebih daripada mendengar kata Allah? Timbangkanlah, kerana kami mesti bercakap tentang segala yang telah kami lihat dan dengar itu.” Setelah membuat beberapa ugutan lagi, mereka melepaskan kedua-dua rasul itu kerana tidak tahu bagaimana hendak menghukum mereka, memandangkan seluruh masyarakat memuji Allah atas apa yang telah dilakukan itu