KISAH RASUL-RASUL 4:16-20
KISAH RASUL-RASUL 4:16-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Mereka bertanya, “Apa yang harus kita lakukan terhadap kedua-dua orang ini? Semua orang yang tinggal di Yerusalem tahu bahawa mukjizat yang luar biasa itu dilakukan oleh mereka. Kita tidak dapat menafikannya. Tetapi supaya perkara ini tidak tersebar lebih luas lagi di kalangan orang ramai, baiklah kita berikan amaran kepada mereka supaya jangan berkata-kata lagi kepada sesiapa pun dengan nama Yesus.” Lalu mereka memanggil kedua-dua orang rasul itu masuk kembali, dan melarang mereka menyebut nama Yesus atau mengajar dengan nama-Nya. Tetapi Petrus dan Yohanes menjawab, “Pertimbangkan sendiri mana yang benar di sisi Allah: Taat kepada tuan-tuan atau taat kepada Allah? Kami tidak dapat berhenti berkata-kata tentang apa yang sudah kami lihat dan dengar.”
KISAH RASUL-RASUL 4:16-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Katanya, Apakah yang handak kami pŭrbuat akan orang orang ini? kŭrna marika itu tŭlah mŭngadakan suatu ajaib yang bŭsar, lagi nyata pada sagala orang yang diam diJerusalem, maka tiadalah dapat kami bŭrsangkal akan dia. Tŭtapi supaya jangan jadi makin lama makin mashorlah hal itu diantara kaum ini, biarlah kami gŭrtakkan dia, supaya jangan marika itu bŭrkata kata kapada sa’orang jua pun dŭngan nama Isa itu lagi. Maka dipanggilnya marika itu, lalu diamarkannya, katanya, Jangan skali kali kamu bŭrkata kata, atau mŭngajar dŭngan nama Isa itu. Tŭtapi jawab Petros dan Yahya, Handaklah kamu timbang baik baik, adakah patut pada pŭmandangan Allah kami mŭnurot akan pŭrkataan kamu tŭrlebih deripada mŭnurot pŭrkataan Allah? Kŭrna dapat tiada kami bŭrkata kata juga akan pŭrkara yang tŭlah kami lihat, dan dŭngar.
KISAH RASUL-RASUL 4:16-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Apakah yang akan kita lakukan kepada mereka itu? Sesungguhnya, sudah nyata kepada semua orang Yerusalem bahawa satu mukjizat yang mengagumkan telah dilakukan melalui mereka, dan kita tidak dapat menafikannya. Tetapi supaya berita ini tidak tersebar lebih luas dalam kalangan bangsa kita, eloklah kita melarang mereka berkata-kata lagi kepada sesiapa pun dengan menggunakan nama itu.” Dengan demikian mereka pun memanggil kedua-duanya itu dan mengeluarkan perintah jangan sekali-kali bercakap atau mengajar dengan nama Yesus. Tetapi Petrus dan Yohanes menjawab, “Wajarkah pada pandangan Allah jika kami mendengar katamu lebih daripada mendengar kata Allah? Timbangkanlah, kerana kami mesti bercakap tentang segala yang telah kami lihat dan dengar itu.”