KISAH RASUL-RASUL 3:22-26
KISAH RASUL-RASUL 3:22-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Musa pernah berkata, ‘Tuhan, Allah kamu akan mengutus seorang nabi kepada kamu seperti Dia mengutus aku. Nabi itu akan datang daripada bangsa kamu sendiri. Kamu harus mendengar semua yang dikatakan-Nya. Sesiapa yang tidak mahu mentaati kata-kata nabi itu, akan disingkirkan daripada umat Allah dan dibinasakan.’ Semua nabi yang menyampaikan berita daripada Allah, termasuk Nabi Samuel dan nabi-nabi yang kemudian daripadanya, memberitakan apa yang berlaku pada zaman ini. Janji-janji Allah yang disampaikan oleh nabi-nabi itu untuk saudara-saudara juga. Dalam perjanjian yang dibuat oleh Allah dengan nenek moyang saudara-saudara, Allah berfirman kepada Abraham, ‘Melalui keturunanmu Aku akan memberkati semua bangsa di bumi.’ Perjanjian itu untuk saudara-saudara juga. Demikianlah Allah memilih dan mengutus Hamba-Nya kepada saudara-saudara terlebih dahulu untuk memberkati saudara sekalian. Dia berbuat demikian dengan menyebabkan saudara sekalian bertaubat daripada cara hidup yang jahat.”
KISAH RASUL-RASUL 3:22-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭsungguhnya Musa tŭlah bŭrkata pada nenek moyang kami, Bahwa Tuhan Allah kamu akan mŭnŭrbitkan bagiemu sa’orang nabi deri antara sagala saudara kamu, spŭrti aku ini, maka handaklah kamu mŭnurot akan dia deri pada barang suatu pŭrkataannya kapada kamu. Maka barang siapa yang tiada mŭnurot akan nabi itu, maka iya itu akan dibinasakan deri antara kaum itu. Bahkan, sagala nabi pun deripada Samuel, dan kumdiannya, iya itu sagala orang yang tŭlah bŭrnabuat itu, tŭlah mŭngatakan tŭrdahulu akan hal masa itu. Bahwa kamu inilah umat sagala nabi itu; dan lagi pula warith pŭrjanjian yang tŭlah didirikan Allah bagie sagala nenek moyang kami; dŭmkianlah fŭrmannya kapada Ibrahim, Adapun sagala bangsa yang dibumi kŭlak akan bŭrulih bŭrkat deripada bŭnihmu. Maka Allah tŭlah mŭnŭrbitkan Anaknya iya itu Isa, mŭnyurohkan dia kapada kamu ini tŭrdahulu akan mŭmbŭrkati kamu, supaya mŭmbalekkan kamu masing masing sa’orang deripada kŭjahatannya.
KISAH RASUL-RASUL 3:22-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Musa sesungguhnya telah berkata kepada nenek moyang kita, ‘Tuhan Allah akan membangkitkan untukmu seorang Nabi sepertiku daripada kalangan bangsamu. Dengarlah segala kata-Nya kepadamu dalam semua hal. Setiap jiwa yang tidak mendengar kata Nabi itu akan dibinasakan sama sekali daripada kalangan kaumnya.’ Ya, semua nabi, daripada Samuel dan selepasnya, semua yang telah bersuara, juga telah bernubuat tentang zaman ini. Kamu ialah anak cucu nabi-nabi itu, dan waris perjanjian yang dibuat Allah dengan nenek moyang kita melalui firman-Nya kepada Abraham, ‘Melalui benihmu semua bangsa di bumi akan diberkati.’ Pertama sekali kepada kamu, Allah telah membangkitkan Hamba-Nya Yesus dan menghantar-Nya untuk memberkatimu dengan memalingkan kamu sekalian daripada kejahatanmu.”