KISAH RASUL-RASUL 3:1-7
KISAH RASUL-RASUL 3:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada suatu hari, Petrus dan Yohanes pergi ke Rumah Tuhan pada pukul tiga petang, iaitu masa berdoa. Di situ, di pintu yang disebut Pintu Indah, ada seorang lelaki yang kakinya lumpuh sejak dia dilahirkan. Tiap-tiap hari dia dibawa ke situ untuk meminta sedekah daripada orang yang masuk ke Rumah Tuhan. Apabila dia nampak Petrus dan Yohanes sedang masuk ke Rumah Tuhan, dia meminta sedekah daripada mereka. Mereka memandang dia, lalu Petrus berkata, “Pandanglah kami!” Kemudian orang itu memandang mereka dan berharap akan mendapat sesuatu daripada mereka. Tetapi Petrus berkata kepadanya, “Aku sama sekali tidak mempunyai wang, tetapi apa yang ada padaku akan aku berikan kepadamu: dengan kuasa Yesus Kristus orang Nasaret itu, berjalanlah!” Lalu Petrus memegang tangan kanan orang lumpuh itu dan menolong dia bangun. Seketika itu juga kaki dan pergelangan kaki orang lumpuh itu menjadi kuat.
KISAH RASUL-RASUL 3:1-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BŬRMULA maka Petros dan Yahya pun pŭrgilah bŭrsama sama masok ka’abah pada kutika orang sŭmbahyang, iya itu pada pukol tiga pŭtang. Maka adalah sa’orang sakit lŭmpoh deripada prot ibunya, yang dipikol, sŭrta dilŭtakkan oranglah sahari hari dipintu ka’abah yang bŭrnama pintu Elok, akan mŭminta sŭdŭkah deripada orang yang masok kŭdalam ka’abah itu. Maka apabila dilihatnya Petros dan Yahya handak masok kŭdalam ka’abah itu, maka dipintalah sŭdŭkah. Maka Petros dan Yahya pun mŭrnunglah akan dia, sŭrta bŭrkata, Pandanglah ulihmu kapada kami. Maka dipandangnyalah akan marika itu, sŭrta dŭngan harapnya akan bŭrulih barang sa’suatu. Kutika itu bŭrkatalah Petros, Mas dan perak tiada padaku, tŭtapi barang yang ada padaku itulah kubrikan kapadamu; bahwa dŭngan nama Isa Almasih orang Nazareth itu, bangunlah angkau bŭrjalan. Maka dipŭgangnyalah tangannya kanan, sŭrta didirikannnya akan dia, maka dŭngan skutika itu juga kuatlah kakinya, dan mata kakinya.
KISAH RASUL-RASUL 3:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Petrus dan Yohanes naik ke Bait Suci bersama-sama pada waktu beribadat pada jam kesembilan. Ada seorang lumpuh sejak dari rahim ibunya. Setiap hari dia diangkat orang dan diletakkan di pintu Bait Suci itu yang dinamakan Pintu Indah, untuk meminta sedekah daripada orang yang masuk ke Bait Suci itu. Apabila dia melihat Petrus dan Yohanes sedang hendak masuk ke Bait Suci itu, dia pun meminta sedekah. Petrus merenungnya, bersama Yohanes, lalu berkata, “Pandanglah kami.” Orang itu pun menatap mereka, dengan harapan mendapat sesuatu daripada mereka. Kemudian Petrus berkata, “Emas perak tiada padaku, tetapi apa yang ada padaku kuberikan kepadamu: Dalam nama Yesus Kristus, orang Nazaret, bangkit dan berjalanlah.” Petrus memegang tangan kanannya dan menolongnya berdiri, lalu serta-merta tulang kaki dan buku lalinya mendapat kekuatan.