KISAH RASUL-RASUL 24:14-16
KISAH RASUL-RASUL 24:14-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Saya mengaku di hadapan tuan bahawa saya menyembah Allah yang disembah oleh nenek moyang kami menurut ajaran Yesus, yang dianggap salah oleh mereka. Tetapi saya percaya juga kepada segala yang tertulis di dalam Taurat Musa dan Kitab Nabi-Nabi. Seperti mereka, saya berharap kepada Allah bahawa semua orang akan dibangkitkan daripada kematian - orang baik, mahupun orang jahat! Oleh itu saya berusaha sebaik-baiknya supaya hati nurani saya sentiasa bersih di sisi Allah dan di hadapan manusia.
KISAH RASUL-RASUL 24:14-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Akan tŭtapi aku mŭngakulah dihadapanmu, bahwa adapun mŭnurot jalan yang dikatakannya mŭzhab sŭsat itu, maka dŭngan jalan itulah juga aku bŭrbakti kapada Allah nenek moyang kami, sŭrta pŭrchaya akan sagala pŭrkara yang tŭrsurat dalam tauret dan kitab nabi nabi. Dan lagi aku harap akan Allah yang diakui ulih marika itu pun, bahwa akan dibangkitkan pula orang mati, baik deripada orang yang bŭnar, baik deripada orang yang tiada bŭnar. Maka dalam hal inilah aku mŭngusahakan diriku, supaya sŭntiasa bŭrulih pŭrasaan hati yang tiada mŭndatangkan salah kapada Allah, atau kapada manusia.
KISAH RASUL-RASUL 24:14-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku mengaku di hadapanmu bahawa aku menyembah Allah nenek moyang kami, menurut Jalan Tuhan yang dianggap salah oleh mereka. Aku juga percaya dan berpegang kepada hukum Taurat, dan segala yang tersurat dalam kitab nabi-nabi. Seperti mereka juga, aku berharap kepada Allah bahawa semua orang akan dibangkitkan daripada kematian kelak, sama ada orang benar ataupun orang jahat. Oleh itu, aku sentiasa berusaha supaya hati nuraniku bersih daripada kesalahan kepada Allah dan kepada manusia.