KISAH RASUL-RASUL 22:6-16

KISAH RASUL-RASUL 22:6-16 Alkitab Berita Baik (BM)

“Semasa saya dalam perjalanan dan hampir tiba di Damsyik, pada kira-kira tengah hari, tiba-tiba cahaya terang dari langit memancar di sekeliling saya. Saya rebah ke tanah lalu mendengar suara berkata kepada saya, ‘Saulus, Saulus! Mengapa engkau menganiaya Aku?’ Lalu saya bertanya, ‘Siapakah tuan?’ ‘Aku Yesus orang Nasaret yang engkau aniaya,’ jawab-Nya. Semua orang yang bersama-sama saya nampak cahaya itu, tetapi mereka tidak mendengar suara yang berkata-kata kepada saya. Saya bertanya pula, ‘Apakah yang harus saya lakukan, tuan?’ Tuhan menjawab, ‘Bangunlah dan masuklah ke Damsyik. Di situ engkau akan diberitahu semuanya yang sudah ditetapkan oleh Allah yang harus engkau lakukan.’ Saya menjadi buta kerana cahaya terang itu. Oleh itu teman seperjalanan saya memegang tangan saya dan memimpin saya masuk ke Damsyik. Di situ ada seorang bernama Ananias. Dia seorang yang takut akan Allah dan mentaati Taurat kita. Dia sangat dihormati oleh semua orang Yahudi yang tinggal di Damsyik. Dia datang dan berdiri di sisi saya, lalu berkata, ‘Saudara Saulus, saudara dapat melihat lagi!’ Pada saat itu juga saya dapat melihat semula, lalu saya memandang dia. Dia berkata, ‘Allah yang disembah nenek moyang kita sudah memilih saudara supaya mengetahui kehendak Allah, dan melihat Yesus, Hamba Allah yang melakukan kehendak Allah, serta mendengar suara Yesus sendiri. Saudara akan menjadi saksi untuk mengkhabarkan apa yang sudah saudara lihat dan dengar kepada setiap orang. Sekarang janganlah tunggu lebih lama lagi. Bangunlah dan mintalah orang membaptis saudara. Berserulah kepada Tuhan supaya dosa saudara dihapuskan.’ ”

KISAH RASUL-RASUL 22:6-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Tŭtapi skali pŭrstua tŭtkala aku bŭrjalan sudah dŭkat diDamsek itu, pada waktu tŭngah hari, maka tiba tiba mŭmancharlah suatu chahya deri langit yang amat gilang gumilang mŭnglilingi aku. Maka aku pun jatohlah tŭrjrumus kabumi, sŭrta kudŭngar suatu swara bŭrkata kapadaku, Hie Saul, Saul, mŭngapa angkau mŭngannyayai akan daku? Maka jawabku, Siapakah angkau, Tuhan? Maka bŭrkatalah iya, Akulah Isa orang Nazareth, yang angkau annyayakan itu. Maka sagala orang yang ada bŭrsama sama dŭngan aku itu pun mŭlihatlah akan chahya chahya itu sŭrta dŭngan kŭtakotannya, akan tŭtapinya tiada didŭngarnya akan swara yang bŭrkata kata dŭngan aku itu. Maka jawabku, Apakah patut kupŭrbuat ya Tuhan? Maka bŭrkatalah Tuhan padaku, Bangunlah angkau pŭrgi kaDamsek, maka disanalah akan dikatakan padamu sagala pŭrkara yang patut kamu pŭrbuat. Adapun apabila tiada bulih aku mŭlihat deri sŭbab kŭmuliaan chahya itu, maka dipimpinlah ulih orang yang bŭrsama sama dŭngan aku akan tanganku, lalu masoklah aku kaDamsek. Sŭbarmula maka adalah sa’orang yang bŭrnama Ananias, orang bŭrbakti mŭnurot tauret adanya, maka iya itu tŭlah tŭrpuji ulih orang Yahudi yang dudok disana: Maka datanglah iya sŭrta bŭrdiri disisiku, lalu bŭrkata padaku, Hie saudaraku Saul, chŭleklah matamu pula. Maka dŭngan skutika itu juga dapatlah aku mŭlihat dia. Maka bŭrkatalah iya, Bahwa Allah nenek moyang kami tŭlah mŭmileh dikau akan mŭngŭtahui kahandaknya, dan akan mŭlihat orang bŭnar itu, dan bulih mŭnŭngar pŭrkataan deripada mulotnya. Kŭrna angkau kŭlak akan mŭnjadi saksinya kapada sagala manusia derihal sagala sŭsuatu yang angkau tŭlah mŭlihat dan tŭlah dŭngar. Maka skarang pun mŭngapa angkau bŭrlambatan? bangunlah angkau, supaya angkau dibaptisakan, dan dibasohkan sagala dosa kamu, sŭrta bŭrsru akan nama Tuhan.

KISAH RASUL-RASUL 22:6-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)

“Dalam perjalanan, ketika hampir sampai di Damsyik, sekitar tengah hari, tiba-tiba suatu cahaya yang besar dari langit bersinar mengelilingiku. Aku rebah ke tanah lalu mendengar suara berkata kepadaku, ‘Saul, Saul, mengapa engkau menganiaya Aku?’ Aku berkata, ‘Siapakah Engkau, Tuan?’ Jawab-Nya, ‘Akulah Yesus orang Nazaret yang kauaniayakan.’ Semua orang yang bersamaku turut melihat cahaya itu tetapi tidak mendengar suara yang berkata-kata denganku itu. Aku berkata, ‘Tuan, apakah yang harus kulakukan?’ Dia menjawab, ‘Bangunlah, pergi ke Damsyik. Di sana engkau akan diberitahu segala yang sudah ditetapkan untuk kaulakukan.’ Aku tidak dapat melihat langsung akibat cahaya yang terang itu. Teman seperjalananku memimpin tanganku masuk ke Damsyik. Ada seorang bernama Ananias yang kuat beribadat menurut hukum Taurat. Dia dipandang tinggi oleh orang Yahudi di Damsyik. Dia datang berdiri di sisiku lalu berkata, ‘Saudaraku Saul, kamu dapat melihat semula!’ Pada saat itu juga aku dapat melihat semula lalu memandangnya. Dia berkata, ‘Allah nenek moyang kita, telah menetapkan bahawa kamu akan mengetahui kehendak-Nya, dan melihat Yesus Yang Benar serta mendengar suara-Nya. Kamu akan menjadi saksi tentang-Nya kepada semua manusia, termasuk segala yang telah kamu lihat dan dengar itu. Sekarang mengapa kamu berlengah-lengah lagi? Bangunlah untuk dibaptiskan dan minta dihapuskan segala dosamu sambil menyeru nama-Nya.’ ”

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami